Doaku Buat Kekasih.
Wednesday, July 20, 2011
Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi
Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera
Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa
Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya
Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku
Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU
Amin.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Hubungan Khairul Fahmi & Elia Bermasalah ??
Betul ke apa yang kami dengar? hubungan mereka berantakan? Seperti yang semua tahu, Khairul Fahmi dan penulis blog jejariruncing.blogspot.com iaitu Elia telah melangsungkan pertunangan mereka pada 17 Mei 2011 yang lepas. Baru-baru ini pula, ada beberapa pihak menjumpai Khairul Fahmi berjalan dan berpegangan tangan dengan seorang wanita yang dikatakan lebih cantik dan hot dari tunangnya (Elia). Malah di katakan juga, cara mereka berpegangan tangan nampak mesra seperti sepasang kekasih. Betul ke??? Bukankah Khairul Fahmi, setia orangnya? Baru berapa bulan bertunang dah buat hal?? Elia juga ada membuat entry "Doa Buat Kekasih" di blog beliau. Dan isi penulisannya dalam tajuk entry tersebut, seolah-olah beliau mengalami masalah peribadi dengan tunangnya. Apa pun, kami tidak mahu memberi kata muktamad mengenai hal ini. Harapan kami, gossip mengatakan Khairul Fahmi curang hanyalah sebagai gossip sahaja, dan entry Elia yang memusykilkan itu, hanya sekadar entry untuk umum. Apa pun kita tunggu penjelasan dari pihak Khairul Fahmi dan Elia mengenai isu ini. Baca entry Elia a.k.a. jejariruncing di bawah ini.
0 comments