“Kami telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan,”
Ally Iskandar dan Nur Aishah Zainal Putus Tunang
Sebelum ini, pelbagai blog media membuat spekulasi mengenai Ally Iskandar yang dikatakan telah pun putus tunang dengan Nur Aishah Zainal. Ia di gosipkan setelah tunang Ally Iskandar, iaitu Aishah mengeluarkan status “I’m officially single” di Facebook miliknya. Kami tidaklah menyiarkanya, kerana takut-takut ia hanya sekadar gosip yang tidak sahih. Namun, akhirnya, Ally Iskandar sendiri memberitahu media, bahawa beliau telahpun putus tunang dengan bekas Naib Juara Gadis Melayu musim pertama itu pada 30 Julai yang lalu. Tambah Ally lagi, beliau berpisah dengan pasanganya tiada kaitan dengan pihak ketiga atau sebarang konflik besar, sebaliknya ia berlaku kerana masalah lain yang datang secara sedikit demi sedikit sehingga gagal untuk menyelesaikanya. Bagaimanapun, beliau khabarnya masih berkawan baik dengan bekas tunangnya itu, dan tiada permusuhan antara mereka. Beliau juga ingin menumpukan sepenuh perhatian pada kariernya sebagai pengacara dan tidak akan terlalu memikirkan masalah itu. Berikut ulasan Ally Iskandar.
0 comments