Aku pernah mempunyai hubungan dengan Elia 4 tahun yang lepas. Orangnya baik tetapi jenis suka mencapub (mencari publisiti). Mengenai Ezrin akak kepada Elia, perangainya dari dulu tetap tak berubah. Aku putus cinta dengan Elia pun disebabkan akaknya yang memburukkan serta hasut Elia supaya membenci aku. Disebabkan Elia percaya, dia telah tinggalkan aku.
Selepas aku ditinggalkan, Elia masih menuduh aku sebagai manusia yang tak pernah berubah. Elia juga telah post di wall Facebook mengenai perangai aku. Dan melalui private message, Elia menjanjikan pada aku apabila aku berubah kelak dia akan kembali pada aku.
Selama dua tahun aku menunggu, dia membuat aku mengejarnya seperti aku seorang lelaki yang tiada maruah. Aku tetap menunggu sehingga dia sudah tidak mahu berhubungan dengan aku lagi dan ketika itu hanya kutukan yang dilemparkan pada aku.
Ayat terakhir aku kepadanya sebelum kami betul-betul berpisah sangat jelas diingatan, “Aimie, satu masa nanti apabila you berada di tempat I sekarang, you akan tahu apa rasanya dibuat macam ni. Dan masa tu, you akan tahu, macam mana tinggi antara langit dan bumi ni.”
Aku sangat berkecil hati dengan apa yang Elia pernah cakap pada aku dulu. Dan masih jelas bagaimana aku dilayan seperti orang tiada maruah oleh beberapa ahli keluarganya. Aku dihina ketika aku bertandang ke rumahnya untuk berhari raya pada tahun 2006.
I bukan hendak menyalahkan you Aimie, tapi tidakkah pernah you terfikir apa yang terjadi sekarang sedikit sebanyak mencerminkan apa yang telah you lakukan dulu? Tiada manusia sempurna, tapi you selalu merasakan yang you adalah sempurna. Lagi-lagi akak you yang tak sedar diri tu.
Walaupun perkara itu buat aku kecil hati sehingga sekarang tetapi Alhamdulillah kini hidup aku lebih baik. Kalau you baca cerita ni, I tahu you tahu siapa I. Dan I memang mahu you tahu beginilah rasa sakit apabila ditinggalkan lebih-lebih lagi orang itu ialah orang yang paling kita sayangi. Sebagai orang yang pernah mengenali kamu satu ketika dulu, aku harap kau dapat bersabar dan next time beragak-agaklah dalam membuat keputusan.
Bekas Kekasih, Dedah Cerita Lama Elia, Tunang Khairul Fahmi Betul Ke?
Macam-macam berlaku kepada pasangan ini, kalau dulu Khairul Fahmi di katakan mempunyai orang ketiga Dahlia Teck kemudian muncul pula watak Shida Harmi, kini Elia pula dikatakan mempunyai kekasih lama, dan kekasih lama beliau mendedahkan cerita kisahnya dan Elia ketika dulu. Cerita yang telah di masukan ke dalam forum Cari tersebut, mendapat perhatian umum. Dalam kenyataan tersebut, banyak mengaitkan permasalahan hubungan mereka adalah kerana keluarga Elia sendiri, iaitu kakanya Ezrin, malah, kakak beliau juga semakin di benci dengan nampaknya wujud fans-fans membenci si Ezrin ini. Pihak blog Media Malaya juga ada menyusun atur semula ayat tersebut, agar mudah di fahami berbanding ayat asal yang susah untuk di fahami. Betul atau tidak mengenai cerita ini? itu tidak dapat kami pastikan.. Berikut cerita yang dikatakan dari bekas kekasih Elia, atau nama sebenar Aimie Hamelia dari Blog Media Malaya dan juga artikal asal dari forum cari..
0 comments