Editor Kanan TV3 Lakukan Jenayah Seksual

Apa yang kami di maklumkan, seorang seorang Editor Kanan TV3 sedang disiasat berhubung kes gangguan seksual di tempat kerja beliau, iaitu di Sri Pentas TV3. Menurut laporan, Editor Kanan TV3 yang mempunyai hubungan terus dengan kerajaan ini dituduh melakukan gangguan seksual terhadap empat orang mangsa. Salah seorang dari mereka adalah pembaca berita TV3 dan Editor Kanan TV3 ini masih di’benarkan bekerja, namun salah seorang dari empat mangsa telah berpindah ke NTV7 atas permintaan. Siasatan terhadap kes ini bermula apabila seorang mangsa menghantar e-mail mengandungi pelbagai dakwaan terhadap Editor Kanan TV3 ini dengan menggunakan nama ‘Coco Girl‘. Kertas siasatan juga di’laporkan sudah siap & kini terpulang kepada pihak pengurusan TV3 untuk mengambil tindakan atau tidak atas perilaku pegawai mereka.Editor Kanan TV3 ini di katakan pernah bertugas di sebuah syarikat perladangan sebelum menyertai TV3 pada tahun 2009 sejurus Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Beberapa orang kakitangan stesen TV tersebut kecewa kerana Editor Kanan TV3 ini masih dibenarkan bekerja dan tiada sebarang tindakan di ambil terhadap beliau.

Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply