Shy8 aka Usop Wilcha Berhenti Kerja

Syed Mohamad Asri atau Shy8 yang suatu ketika dulu terkenal dengan gelaran Usop Wilcha dalam filem HKLBR, nekad melepaskan jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad dalam masa terdekat.Keputusan di buat berikutan beliau memilih menjadi penyampai HotFM di dunia hiburan sebagai kerjaya tetap. Beliau juga bersedia menghadapi risiko yang bakal di tempuhi. Mengenai keserasian beliau dalam segmen AMKrew, beliau berkata, beliau masih baru dan dalam proses untuk belajar. Berikut sedikit ulasan dari beliau.

"Mulanya memang saya yakin boleh membahagikan masa antara bidang seni dan bidang korporat tetapi sudah dua bulan berlalu saya rasakan hidup saya semakin tidak terurus.
"Saya tidak mampu untuk beri komitmen kepada kedua-dua bidang sekali gus, justeru mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan tersebut,"
"Saya seorang yang suka kepada cabaran dan bagi saya dunia hiburan sebagai cabaran baru buat saya.
"Saya tahu ia adalah risiko melepaskan kerjaya yang sudah menjanjikan pendapatan tetap tetapi keputusan ini diambil selepas berbincang dengan keluarga," 
"Saya tahu ramai yang masih tidak biasa, begitu juga saya yang masih mencari keserasian antara kami.
"Beri saya dua atau tiga minggu lagi untuk memberikan persembahan yang terbaik dan menceriakan pagi pendengar setia Hot FM,"
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply