“Setakat ini saya tidak dimaklumkan masalah sebenar dihadapi Khairul Fahmi. Tetapi, kalau dia ada masalah peribadi sehingga menjejaskan tumpuannya di dalam bola sepak, saya fikir eloklah jumpa jurulatih atau pengurusan terlebih dulu sebelum jumpa saya.
“Apapun, saya terima menghadap Khairul Fahmi jika dia mahu berjumpa dan sedia mendengar segala krisis yang melanda dirinya. Perkara ini lebih elok disuarakan dia sendiri kepada saya daripada mendengarnya daripada pihak lain,”
Tengku Mahkota Pahang Sedia Menyelesaikan Masalah Khairul Fahmi
Kami di khabarkan, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sedia untuk membantu masalah peribadi Kharul Fahmi Che Mat dan Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22. Beliau di katakan begitu mengambil berat masalah yang di hadapi anak-anak buah jagaanya. Walaupun beliau tidak tahu hujung pangkal masalah Khairul Fahmi dan tunangnya itu, beliau tetap bersedia di temui Khairul untuk berkongsi masalah. Khairul Fahmi sekarang berada di Vion, Slovakia bagi menjalani latihan intensif bersama skuad bawah 23 tahun negara dan turut dijadualkan mengharungi tujuh perlawanan persahabatan menentang pasukan divisyen satu Liga Slovakia sebelum pulang ke tanah air pada 28 Ogos.Sejurus pulang ke tanah air nanti, Skuad Olimpik negara ditempatkan dalam Kumpulan C kelayakan Olimpik London 2012 bersama Jepun, Syria dan Bahrain akan berlepas ke Korea Selatan bagi menghadapi perlawanan persahabatan sebelum bertemu skuad Young Samurai untuk perlawanan pertama saingan peringkat kumpulan pada 21 September ini.Skuad Olimpik negara dijadual menentang Syria pada 23 November manakala perlawanan bertemu Bahrain pula akan dilangsungkan empat hari kemudian masing-masing di Stadium Nasional Bukit Jalil. Berikut ulasan Tengku Abdullah ketika di temui di Masjid al-Muadzam Shah selepas solat Maghrib.
0 comments