Kepada pendengar Muzik FM, ini mungkin berita kurang enak untuk anda dengari. Khabarnya, pada bulan Oktober 2011 merupakan bulan terakhir Muzik FM akan bersiaran menghiburkan pendengarnya sebelum badan penyiaran yang telah beroperasi hampir 40 tahun itu di tutup dan di gantikan dengan konsep lebih baru. Khabarnya, penutupan badan penyiaran tersebut datangnya dari Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan atas alasan untuk mewujudkan sebuah saluran radio baru sebagai penyebar informasi sempena pilihanraya 2012 akan datang. Konsep baru radio yang bakal menggantikam Muzik FM ini tidak asing lagi bagi pendengar Nasional FM dengan 60% bual bicara, informasi, forum dan 40% selebihnya adalah hiburan ysng berunsurkan mendidik masyarakat. Muzik FM yang popular dengan rancangan Carta Hitz pada setiap Sabtu itu, bagi kami sepatutnya di kekalkan. Kerana ia menjadi satu platform untuk kerajaan mendekati para belia terutamanya. Berikut sejarah Muzik FM sejak 1975 penubuhanya.
Sejarah Muzik FM
1975
Seawal penubuhannya MUZIKfm dikenali dengan nama FM Stereo. FM Stereo merupakan stesen radio yang pertama di Malaysia yang memberikan perkhidmatan siaran dalam bentuk stereofonik.
1989
Beredar mengikut perkembangan semasa, dari FM Stereo namanya ditukarkan ke Radio 2, dan telah menjadi stesen yang begitu kuat pengaruhnya dengan jumlah pendengar yang ramai, melebihi 3 juta.
1994
Dalam usaha menjadikan Radio 2 stesen yang lebih mantap pada 1 Ogos 1994 sekali lagi stesen ini melakar sejarah dengan pertukaran nama, menjadi Radio Muzik. Beberapa rombakan telah dilakukan dan stesen Radio Muzik bersiaran 24 jam sehari dalam 2 bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
1998
Nama Radio Muzik tidak dapat bertahan lama, pada 1 Ogos 1998 sekali lagi stesen ini mendapat nama baru iaitu Radio Malaysia Saluran Muzik (RMSM). Nama itu kekal hinggalah pada awal tahun 2000.
2000
Atas permintaan ramai dan kesesuainnya dalam meneroka arus penyiaran negara nama Radio Muzik kembali kedengaran melalui ruang udara. 1 Mei 2000 juga melakar sejarah manis kerana Radio Muzik dapat diikuti keseluruh dunia menerusi internet. Projek ini direalisasikan dengan kerjasama Universiti Multimedia.
2001
1 Januari 2001, Radio Muzik bersiaran sepenuhnya selama 24 jam dalam Bahasa Malaysia dan bukan lagi bersiaran dalam dwi bahasa.
2002
Dalam menyeimbangkan penyiaran lagu-lagu di Radio Muzik, mulai 15 Julai 2002 Radio Muzik menyiarkan 50% lagu Melayu dan 50% lagu Inggeris / Antarabangsa.
2005
1 April 2005, sejarah indah terlakar apabila nama Radio Muzik ditukar kepada MUZIKfm sempena penjenamaan semula radio RTM. Pada 30 April – 1 Mei 2005 MUZIKfm telah mencatat sejarah dalam The Malaysia Book Of Records apabila bersiaran selama 25 jam di TH06 Menara Kuala Lumpur, menara tertinggi di Malaysia dan ke empat tertinggi di dunia. Walau apa jua nama yang diberi kami tetap “STESEN MUZIK ANDA”!
2007
Tahun ini, MUZIKfm sekali lagi melakarkan sejarah dalam The Malaysia Book Of Records apabila bersiaran luar 50 jam tanpa henti di penghujung Benua Asia, Tanjung Piai, Johor pada 23 hingga 25 Februari 2007.
- Recent Posts
- Comments
Advertisement
0 comments