Ustazah Pilihan Telah Bermula


Program Imam Muda II telah berakhir, mendapat sambutan yang agak membrangsangkan, kini pencarian pelapis pendakwah muda wanita pulabermula, di mana pihak Astro Oasis berjaya memilih 11 calon untuk program Ustazah Pilihan selepas beberapa siri uji bakat yang diadakan di beberapa lokasi seluruh negara bermula Julai 2011 lalu. Daripada 40 peserta yang di senarai pendekkan, hanya 11 terpilih, kerana mereka dilihat layak untuk menyertai rancangan berkenaan berdasarkan pengetahuan masing-masing. 11 peserta yang terpilih adalah berkelulusan universiti dan boleh bertutur dalam bahasa asing seperti bahasa Arab dan Parsi. Mereka akan di uji dengan tugasan mengendalikan permasalahan berkaitan wanita dan berdakwah kepada orang lain. Mereka akan dilatih untuk menjadi wanita yang berkualiti daripada segi pemikiran dan perwatakan agar dapat menjadi ikon muslimah sehingga ke peringkat antarabangsa. Berikut 11 peserta yang terpilih :
  • Nur Atieqah Mohd Zainudin (Atiqah) 20,
  • Nur Aqidah Mawardi (Aqidah) 21.
  • Nun Faizah Rohana Mustapha (Faizah) 21.
  • Siti Fatimah Mad Yatim (Fatimah) 21.
  • Masfira Hilman (Fira) 27.
  • Firuz Akhtar Mohamad Bohari (Firuz) 27.
  • Siti Nor Hafidza Razali (Fizah) 21.
  • Nurul Hidayah Kamarudin (Hidaya) 26.
  • Nina Syazmeen Mohd Din (Nina) 23.
  • Siti Fatimah Mohd Sharif (Siti) 26.
  • Maryanti Ramle (Yanti) 23.
 Berikut, gambar-gambar ahli panel dan juri, serta video promo Ustazah pilihan.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply