Malaysia Juara Bola Sepak Sukan SEA Ke-26 2011

Malaysia akhirnya berjaya mempertahankan juara bola sepak Sukan SEA 2 kali berturut-turut. Perlawanan sebentar tadi amat sengit apabila Malaysia dan Indonesia seri 1-1 menerusi jaringan pertama Indonesia oleh Gunawan Dwi Cahyo yang menanduk masuk, kemudian di susuli pula jaringan pertama Malaysia oleh Mohd Asraruddin Putra Omar yang juga menanduk masuk, sehingga perlawanan berlanjutan ke masa tambahan di minit 120 (2jam). Oleh itu, sepakan penalti menjadi jalan terakhir menentukan juara bola sepak Sukan SEA Ke26, apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit. Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat berjaya menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3. Dan sepakan penalti terakhir penentuan oleh kapten Skuad Harimau Muda, Baddrol Bakhtiar yang cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega bolos apabila bola hanya mengena kakinya dan seterusnya melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia juara 4-3 penentuan penalti seterusnya mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos. Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu berjaya mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979. Malaysia juara pingat emas, manakala Indonesia Naib juar pingat perak dan Myanmar tempat ketiga pingat gangsaapabila berjaya menumpaskan naib juara dua tahun lalu, Vietnam 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat. Berikut video detik-detik kegemilangan Skuad Harimau Muda bawah 23 tahun yang berjaya mengekalkan pingat emas 2 kali berturut-turut dan Sukan SEA.

Keputusan Juara Bola Sepak Sukan SEA-26 2011

Malaysia 1 – 1 Indonesia
( Penalti: Malaysia 4 – 3 Indonesia )


Video Jaringan Bola Sepak Sukan SEA-26 2011

Gol Pertama Indonesia oleh Gunawan Dwi Cahyo 
Gol Pertama Malaysia untuk menyamakan kedudukan oleh Mohd Asraruddin Putra Omar 
  
Sepakan Penalti Malaysia menang 4-3 dengan Indonesia

Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply