Shida Harmi yang datang ditemani ibu bapanya yang tersayang turut memberikan rakan media kami dua keping screenshot SMS beliau dengan orang yang disyaki menjadi dalang kepada isu ini. Katanya, beliau yakin penyebar gambar tersebut dan BBM palsu itu adalah datangnya dari sahabat rapat Khairul Fahmi yang turut serta berkaroke pada waktu gambar tersebut di ambil. Berikut screenshoot SMS beliau dan suspek yang di syaki dalang dalam isu ini. Alasan pendrive tertinggal di Cyber Cafe.
Dan, berikut adalah maklumat si penghantar e-mail yang di terima rkan media kami pada malam Sabtu yang lalu dengan menggunakan nama samaran Nurul Hidayah.
Keluarga Shida Harmi juga mengesahkan yang mereka akan mula mengambil tindakan undang undang terhadap mereka yang terbabit jika isu ini tidak reda dan masih berlarutan selepas ini. Shida Harmi juga memohon maaf jika gambar tersebut nampak keterlaluan, namun ianya hanya gambar suka-suka ketika berkaroke, tambahnya lagi, beliau hanyalah insan biasa yang juga tidak akan terlepas dalam melakukan kesilapan. Akhir kata darinya, henti-hentilah menfitnah dirinya dan apek. Berikut video temubual beliau dengan rakan media kami.
0 comments