• Home
  • Forum
  • Chating Bersama OM
  • Crew OM
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Siapa OM?
a onblur=”try {parent. deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}”"margin: 0px auto 10px; display: block; text-align: center; cursor: pointer; width: 400px; height: 300px;” src=”" alt=”" id=”BLOGGER_PHOTO_ID_5433478876639914642″ border=”0″ />
.:[Close][Klik 2x]:.
Masukan Kode iklan atau Gambar yang anda inginkan di sini
  • Home
  • World
  • US
  • Business
    • Category
      • Category
      • Category
      • Category
      • Category
    • Category
    • Category
    • Category
  • Entertainment
  • Sports
  • Technology
  • Editor's picks
  • Top Stories
    • Category
    • Category
    • Category
    • Category
You are here : Home »
Showing posts with label Artis Tempatan. Show all posts
Sudah lama tidak melihat kelibatnya di kaca TV mahupun filem, pelakon muda Ainul Aishah Azizun, 26, tiba-tibu muncul di majlis 20 Most Glam anjuran majalah fesyen dan gaya hidup Glam dan Glam Lelaki baru-baru ini. Susuk tubuhnya masih sama, langsing dan bergaya. Malah senyumannya juga tetap manis seperti dulu, di tambah pula dengan kerlingan matanya yang bulat membuatkan sesiapa saja terpikat.

Meskipun Ainul Aishah bukanlah antara 20 wanita bertuah yang terpilih sebagai 20 Most Glam tahun ini, namun kemunculannya dengan penampilan gaya koktel ringkas dari persalinan Top Shop dengan rambut didandan rapi sudah cukup menaikan seri gadis muda ini. Kala disapa wartawan, Ainul Aishah terus mengerling dan melemparkan senyuman tersendiri yang sudah menjadi identiti pelakon filem Histeria itu.
"Ya, inilah saya, Ainul Aishah," katanya ringkas yang datang berdua dengan teman rapatnya ke majlis penuh glamor berkonsepkan ala padang pasir berkenaan.
Seakan sedar bahawa dirinya akan ditemuramah , Ainul Aishah berdiri dengan selesa dan matanya yang bulat itu memandang tepat ke arah penulis bersiap sedia untuk diajukan dengan apa juga soalan. Bila ditanya, apakah perkembangan terbarunya kerana sudah lama tidak nampak dalam mana-mana drama mahupun filem, pemilik Sarjana Muda Multimedia Kreatif Universiti Multimedia itu terus menjawab dengan spontan.
"Oh! Sekarang saya berniaga Tutti Frutti di Nilai dan Bangi," katanya yang secara tidak langsung memberi kejutan bahawa dia seakan tidak lagi mahu kembali aktif dalam bidang seni.
" Ya, itulah yang saya buat sekarang ini. Menguruskan perniagaan keluarga. Nampaknya usaha saya itu mendapat sambutan menggalakan daripada orang ramai yang tinggal di kedua-dua lokasi berkenaan," tambahnya.
Ainul Aishah berkata, perniagaan francais menjual yogurt beku berkenaan telah menarik perhatiannya sejak pembukaan cawangan pertamanya di Bangi pada 21 Jun lalu, diikuti satu lagi cawangan di Nilai pada 17 Oktober lalu. Tambah pelantun suara Don't Worry Honey itu, memandangkan sambutan yang memberangsangkan, dia merancang untuk membuka beberapa lagi cawangan Tutti Frutti di beberapa lokasi.
"Alhamdulillah, nampaknya perniagaan saya telah mendapat maklum balas yang baik. InsyaAllah dalam tahun depan saya akan memperkembangkan perniagaan ini selain akan terbabit dengan beberapa perniagaan berkaitan makanan dan minuman.

"Malah saya juga sudah merancang untuk membuka perniagaan online saya sendiri yang ada kaitan dengan dunia fesyen," katanya yang tampak lebih ceria dengan peranan barunya itu.
Walaupun begitu, jelas Ainul Aishah dia masih aktif dengan dunia lakonan, di mana akan terbabit dengan filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki dan terbitan Tarentella Pictures yang akan ditayangkan tahun depan.
"Janganlah salah faham. Saya masih sayangkan dunia lakonan. Setakat ini saya ada menerima beberapa tawaran untuk berlakon telemovie, bagaimanpun saya tak sabar menanti tayangan Untuk Tiga Hari," katanya.
Sobri Anuar (kanan) dan pasangannya Bob Kuman daripada kumpulan Bawal Power ketika beraksi dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega.
Pelawak, Mohd Sobri Anuar, 35 (Sobri), mengakui berasa terkesan dengan impak dan respons umum susulan persembahan komedi yang didakwa mempersendakan penyanyi Zaiton Sameon pada Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) dan konsert Maharaja Lawak Mega (MLM), bulan lalu.Sobri berkata kejadian tersebut menjadi pengajaran dan panduan buatnya agar lebih berhati-hati dan peka ketika berlawak, khususnya di depan khalayak atau acara-acara rasmi.
“Saya akui terkesan dengan impak kontroversi lawak itu tetapi mujurlah sokongan keluarga dan kawan-kawan rapat banyak memberi perangsang agar tidak mudah patah semangat.

“Seperti yang sudah dijelaskan kepada media sebelum ini, lawak itu bukan berniat untuk mempersendakan sesiapa tetapi cara dan pendekatan sebegitu tidak bersesuaian dengan budaya dan pemikiran masyarakat kita pada masa ini.

“Saya berharap, sedikit demi sedikit, masyarakat kita akan lebih terbuka untuk menerima pendekatan komedi begitu pada masa depan,” katanya.

Apabila ditanya adakah kontroversi itu akan mengganggu gugat tumpuannya dalam MLM, Sobri berkata sebagai orang baru dia menerima segala kritikan dan akan menyesuaikan pendekatan komedinya agar lebih disenangi selepas ini.
“Saya harus fleksibel dan menyesuaikan komedi saya agar dapat diterima ramai. Di Malaysia, gaya komedi sedemikian masih belum dapat diterima oleh kebanyakan pihak.

“Walhal, tujuan komedi itu adalah untuk memberikan pengajaran dan teguran dalam gaya yang santai dan lawak jenaka.

“Bagaimanapun, sebagai orang Melayu dan pendatang baru, saya terima segala kritikan dan pandangan dengan hati terbuka,” katanya.
Sobri juga berharap agar kontroversi yang tercetus ini akan memberikan impak positif kepada jenamanya sebagai pelawak baru tanah air.
“Saya ada merujuk kepada keluarga, teman-teman rapat dan rakan-rakan artis tentang kes ini dan mereka meminta saya melihat insiden ini daripada sudut positif.

“Terus-terang, saya sendiri tidak pasti adakah kes ini akan membantu melonjakkan nama saya atau sebaliknya.

“Apa pun, saya harus berterima kasih kepada Zaiton kerana tidak memanjangkan hal ini. Saya sangat hargai tegurannya dan menghormati penyanyi berpengalaman sepertinya,” katanya.
Kontroversi lawak Sobri bermula apabila bekas graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini mementaskan jenaka yang mempersendakan Zaiton Sameon ketika dia muncul sewaktu iklan pada AIM18, 12 November lalu.Sobri meneruskan pendekatan komedi yang serupa ketika beraksi pada minggu keempat MLM, 18 November lalu, sekaligus menghangatkan lagi kontroversi berkenaan.

Sobri dan pasangannya, Bob Kuman yang bergabung sebagai kumpulan Bawal Power masih lagi meneruskan persaingan dalam MLM yang bersiaran pada setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132).
Penyanyi utama kumpulan Bunkface, Sam atau Shamsul Annuar Mohd Baharum terkilan apabila lagu Panik diharamkan daripada disiarkan di semua saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sam berkata, pihaknya diberitahu oleh RTM bahawa lagu itu tidak akan dimainkan di stesen radio milik kerajaan itu kerana mempunyai perkataan 'reformasi' dalam liriknya.
"Hanya kerana penggunaan perkataan reformasi dalam lagu tersebut Panik diharamkan walaupun itu bukan lagu berunsurkan politik," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Tambahnya, penggunaan perkataan itu juga tiada kena mengena dengan laungan Gerakan Reformasi oleh sebuah parti politik pembangkang satu ketika dahulu.
"Jika perkataan reformasi itu terus merujuk kepada peristiwa yang pernah berlaku, saya rasa tidak adil kerana maksud reformasi bukan merujuk kepada kejadian tersebut.

"Dan jika ya, sepatutnya perkataan itu dibuang terus daripada kamus," ujarnya.
Sementara itu, Sam berkata walaupun agak terkilan dengan tindakan RTM dia tidak patah semangat untuk terus menghasilkan lirik dan muzik yang bagus untuk peminat. Katanya, dia menulis sesebuah lagu hanya berdasarkan kepada pengalaman hidup untuk dikongsi bersama peminat dan bukannya untuk menimbulkan kontroversi. Sam juga baru-baru ini menerima anugerah Komposer Muda Berpotensi pada Malam Mesra Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia 2011 (MACP) pada minggu lalu.
Chomel Fana
Satu ketika dahulu, pelakon dan penyanyi Chomel Fana pernah mengalami masalah kemurungan yang agak teruk gara-gara cedera parah di bahagian lutut kaki kanannya ketika bermain bola sepak di sebuah perlawanan pada tahun 2005. Ya, gadis yang nama sebenarnya ialah Noorhanis Farhana Shaharuddin berbakat orangnya.

Selain menyanyi dan berlakon, dia juga hebat dalam sukan yang merupakan seorang pemain bola sepak wanita Malaysia B serta bekas ahli Silat Selangor dan Olahragawati negeri Selangor. Kecederaan yang dialami membuatkan Chomell tidak boleh lagi beraksi dalam mana-mana acara sukan apatah lagi mahu mewakili negara dalam sukan yang diminati itu.

Hal tersebut membuatkan dia enggan bertemu mahupun bercakap dengan sesiapa pun termasuklah keluarga dan rakan-rakannya sendiri sekaligus Chomel semakin hilang kawan.Bagaimanapun, semangat baru tiba-tiba muncul dalam diri untuk terus sedar daripada lamunan yang diciptanya sendiri, itu pun selepas setahun ‘terperap’ di rumah.
“Apa yang berlaku sebelum ini memberi pengajaran besar buat saya dan percaya ada hikmah di sebaliknya.

"Dulu, semasa aktif bersukan, memang saya lupa semua perkara termasuklah lupa pada keluarga dan kawan-kawan, yang ada pun hanya kawan pasukan sahaja.

“Mungkin tuhan mahu tunjuk, ligamen lutut saya cedera teruk dan sehingga terpaksa lupakan terus dengan sukan yang paling saya sayangi itu.

"Sepanjang setahun melalui tempoh kemurungan, baru sedar yang selama ini saya terlalu pentingkan diri sampai lupa tanggungjawab sebagai seorang anak, contohnya sering balik lewat malam dan buat tak tahu saja bila mak beri nasihat.

“Alhamdulillah, saya sedar dengan kesilapan sendiri. Terima kasih juga kepada teman, Rina Derina yang menyedarkan saya dan sentiasa berada disisi ketika jiwa bercelaru,” katanya yang juga aktif dengan bola jaring, bola tampar dan hoki ketika itu.

Tidak lama selepas itu, tambah Chomel, dia mula bekerja sebagai pengawal pantai di sebuah pusat rekreasi air selama tiga tahun dan kemudiannya bekerja sementara sebagai penjaga binatang, dan barulah dia menyertai produksi drama bekerja di belakang tabir selama enam bulan. Ternyata walaupun bertubuh kecil, kecekalan dan semangat Chomel di luar jangkaan.

Kesungguhannya dalam melakukan setiap kerja serta karakter ‘gila-gila’ itu juga memberi rezeki buatnya lebih-lebih lagi apabila pengarah Aziz M. Osman mengesan bakat lakonan yang terpendam dalam dirinya dan terus berlakon watak utama menerusi siri berjudul Comel.

Selepas selesa di pentas lakonan, Chomel mencuba nasib membawa namanya ke dunia nyanyian dan peluang menjadi artis naungan KRU Studios satu rezeki keemasan yang tak mungkin diabaikan begitu sahaja. Lantas, single lagu pertama berjudul BFF yang berkonsepkan pop menjadi taruhan, tanda pengenalan buat peminat-peminat muzik tempatan.
“Pada mulanya saya meragui keupayaan diri untuk menyanyi, tetapi akhirnya keyakinan itu tumbul hasil sokongan kawan-kawan baik serta keluarga. Jika tidak keberatan, saya nak menyebut nama kawan-kawan saya ini iaitu Yayaq, Dee serta Rina.

“Sebenarnya BBF bermaksud Best Friend Forever yang menceritakan tentang sahabat sejati. Di mana merekalah yang akan sentiasa berada di samping kita walau apa pun berlaku, tidak kiralah susah atau senang.

“Kebetulan pula lagu ini sangat sesuai dengan jiwa saya kerana ia mengingatkan kepada tiga orang teman saya itu,” tuturnya yang turut gembira dengan respon positif daripada peminat mengenai BFF.

Tambah Chomel, lagu tersebut juga seolah-olah mengimbas kembali insiden kemurungannya itu dimana dia dapat melihat teman-teman yang manakah sudi bersamanya di saat diri memerlukan sokongan moral.

“Memiliki lagu ini ibaratnya seperti satu kesyukuran buat saya kerana ia telah menguatkan lagi hubungan antara saya dan teman-teman.

“Malah mereka siap menyanyi BFF untuk menceriakan saya jika mood tiba-tiba sedih. Alhamdulillah, lapan tahun berkawan, kami bagaikan adik beradik,” ujarnya.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal mendedahkan perihal dirinya secara eksklusif menerusi dokumentari khas bertajuk Siti Nurhaliza yang bakal disiarkan di saluran History (ASTRO 555) pada 11 Januari 2012, bersempena ulangtahun kelahiran ke 32 penyanyi itu. Penyanyi ini juga bakal berkongsi rahsianya yang masih lagi belum diketahui umum, termasuklah peminat-peminat fanatiknya.

Bukan sahaja tentang rahsia peribadi diri, dokumentari tersebut mengimbas kembali kerja keras penyanyi tersohor itu lebih-lebih lagi ketika di zaman kecilnya menjual kuih muih sehinggalah menaruh masa depan sebagai seorang anak seni sebelum meraih kejayaan sebagai penyanyi berprolifik tinggi. Menurut Siti, selain menyusur perjalanan karier, dokumentari sepanjang satu jam itu akan mendekatkan lagi sisi lain penyanyi yang popular dengan lagu Fallling In Love kepada peminat-peminat setianya.
"Selalunya, dokumentari biografi akan dirakam untuk mengingati pencapaian tokoh kenamaan mahu pun individu yang banyak berjasa dan sudah meninggal dunia. Ini satu penghargaan besar dan sangat bermakna buat saya.

"Dan saya lebih awal mendapat peluang ini untuk menceritakan kisah perjalanan seni saya sepanjang 16 tahun berkecimpun dalam industri hiburan tempatan," katanya.
Antara 'orang penting' yang diwawancarakan ialah Rozi Abdul Razak yang juga pengurus dan kakak ipar kepada penyanyi itu, Jennifer Thompson (penerbit malam AIM), Zainal Alam Kadir (wartawan), Adnan Abu Hassan (komposer), Nurul Shukor (jurusolek) dan Michael Ong (pereka fesyen terkenal). Menarik lagi, personaliti televisyen terkemuka, Najip Ali turut berkongsi pengalaman mengenali penyanyi tersohor itu dan mendedahkan bahawa Siti pernah menghadiri ujibakat program pertandingan nyanyian, Asia Bagus di Singapura sewaktu berusia 14 tahun.

Dokumentari Siti Nurhaliza diterbitkan oleh Red Communications Sdn. Bhd dan penerbit filem Pisau Cukur, Lina Tan dan pengarah filem tersebut, Bernard Chauly turut bertindak selaku penerbit eksekutif dan pengarah dokumentari berkenaan.
Terbaru, ada sebuah blog yang menyatakan suami kepada Syella Kamaruddin ialah Tan Sri Musa Hassan berikutan penyebaran gambar beliau dan suaminya yang kurang jelas di Majlis Perkahwinannya. Namun Harian Metro melaporkan yang Syella menafikan bekas Ketua Polis Negara itu sebagai suaminya dan masih enggan memberitahu siapa suaminya.
“Suami saya bukan VVIP seperti yang hangat diperkatakan dalam Internet. Suami saya orang biasa dan VVIP dimaksudkan itu tiada kena mengena langsung dengan perkahwinan saya,” kata penyanyi, Syella mengenai kontroversi lelaki dinikahinya baru-baru ini.
Pada masa sama, Syella atau nama sebenarnya Nur Shid’la Ahmad Kamarudin meminta kehidupannya tidak diganggu dan dia juga tidak bercadang memberitahu siapa suaminya.
“Biarlah ia menjadi rahsia,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Syella berkata, dia pelik mengapa orang ramai sibuk memperkatakan mengenai perkahwinannya yang dikatakan memakan belanja RM15 juta sedangkan dia tidak lagi aktif dalam industri hiburan.
“Saya dilabelkan artis suam-suam kuku tapi tiba-tiba nama saya disebut semula gara-gara perkahwinan mewah saya. Dulu orang tak sebut pun pasal saya. 
“Apapun tanggapan orang terhadap saya, saya sudah berkahwin dan saya mahu hidup bahagia di samping suami. Semoga Allah SWT kurniakan kami zuriat dengan segera,” katanya.
Menurut Syella, sebenarnya dia tidak berminat memberi komen mengenai perkahwinannya dan siapa suaminya.
“Saya juga tak minta hantaran mahal-mahal tetapi suami yang mahu bagi. Sama ada orang di luar sana mahu percaya atau tidak, terpulang. 
“Andai kata suami tak hadiahkan kereta mahal pun, saya tak kisah kerana saya sendiri ada banyak kereta. Saya cukup bersyukur apabila dia sudi menyunting saya sebagai isteri.

“Bila saya tak kahwin, orang kata saya tak laku tetapi bila saya berkahwin, mereka kecoh pula. Apa dosa saya dengan mereka,” katanya. 
Syella juga berharap orang ramai tidak mempersoalkan cara dia berpakaian dan masih dianggap seksi, di sebalik statusnya yang kini bergelar isteri orang.
“Suami saya sudah berusia dan dia ada cara sendiri mendidik saya. Suami mahu saya berubah perlahan-lahan kerana katanya untuk membentuk orang lain ke arah lebih baik bukan dengan paksaan. “Jadi usah pertikaikan cara saya berpakaian dan siapa saya kerana apa yang penting suami memahami,” katanya yang memberitahu akan mengerjakan umrah sekali lagi bersama suami pada Februari ini.
“Tak perlu dihebohkan lagi mengenai majlis perkahwinan saya dan siapa suami saya. Jangan ganggu hidup saya lagi kerana saya pun dah ‘tak ada’ dalam industri ini,” katanya.
Semalam, pihak media ada bertemu Shila Amzah ketika di majlis pelancaran Konsert Semangat Inspirasi yang akan berlangsung secara serentak di 4 lokasi dan disiarkan secara langsung menerusi TV3 pada 11 Disember 2011 ini. Khabarnya, Shila Amzah juga akan membuat persembahan di Bukit Kiara Equestrian Indoor Arena, KL bersama sama duta Semangat Inspirasi Coca-Cola iaitu Tomok, Bunkface, Meet Uncle Hussain, Wings dan penampilan khas kumpulan rock indie Britain, One Night Only.

Kata Shila Amzah, beliau akan keluar dengan album penuh sekitar tahun 2012 yang bakal menampilkan 100% lagu ciptaan beliau sendiri. Ini kerana beliau yakin, selepas berjaya menempatkan Patah Seribu yang di cipta sepenuhnya oleh beliau sendiri berada di hati peminatnya, semoga dengan langkah berani beliau mencipta lagu sendiri dan semuanya sendiri, akan menjadi contoh kepada artis lain juga. Ialah, jika lagu di cipta sendiri, pasti penciptanya dapat menghayati, macam lagu-lagu ciptaan P.Ramle, beliau cipta dan nyanyi sendiri. Berkut beberapa keping gambar beliau semalam.

Terbaru, Lisa Surihani terpilih antara 5 penerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri sempena Perhimpunan Agung pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Empat penerima lain ialah Johan Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Suraya Abu Hassan, penerima kumpulan pertama Biasiswa Nasional 2010, Nur Izzati Zainal Nazeri, pemenang pingat emas dalam sukan renang di Sukan SEA 2011, Katrina Ann Abd Hadi dan usahawan wanita cemerlang, Harlina Hamid. Tahniah Lisa.. Untuk makluman semua juga Lisa bakal muncul dalam filem terbaru bertajuk Papa, I Love You.


Semalam berlangsungnya sidang media Pameran Busana Perkahwinan Mutiara di Muzium Negara, Tasha Shilla dan Izara Aishah antara selebriti yang hadir. Khabarnya juga, Tasha Shilla dan Izara Aishah merupakan generasi baru selebriti yang akan menggayakan perhiasan mewah Rafflesia ke majlis-majlis utama industri hiburan Malaysia. Berikut beberapa keping gambar mereka di majlis tersebut. - Roti Kaya


Lagi beberapa keping gambar Maya Karin . Terima kasih Shahrizan kerana sudi berkongsi gambar Maya Karin.  Like Official Facebook Maya Karin .




















Older Posts Home
  • Recent Posts
  • Comments
Advertisement

Daily Video

Page

  • Home
  • Forum
  • Chating Bersama OM
  • Crew OM
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Siapa OM?

Photos on Flickr

2010 Simplex Enews. All rights reserved.
Designed by SimplexDesign