Sebelum ini pengamal perubatan Islam di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak, Ashraf Muslim dan Dayana pelatih bidang perubatan di Hospital Melaka telah bernikah di Mekah pada 1 Syawal lalu, kemudian meraikanya dalam majlis resepsi di kediaman Dayana di Gombak. Selepas itu, pada 24 September 2011 majlis resepsi di pihak lelaki pula diadakan di Ballroom Dewan Perdagangan Antarabangsa (MITC) Melaka yang bertemakan Taman Raudhah.Berikut beberapa keping gambar sekitar majlis resepsi mereka di MITC Melaka. Kredit photo via
Tahniah Ashraf Muslim kerana kini sudah bergelar suami kepada Dayana. Seperti yang sedia maklum, beliau telah bertunang dengan Dayana pada 23 April 2011 dan kini telah di ijabkabulkan pada 1 Syawal 1432H di Tanah Suci Kota Makkah seperti yang di rancang sebelum ini. Keluarga kedua belah pihak, nampaknya memilih majlis yang serba ringkas. Apa-pun, besar atau kecil sesuatu majlis pernikahan itu, tidak penting, yang penting ianya cukup bermakna bagi kedua mempelai kerana bernikah dan sah menjadi suami isteri di Tanah Suci yang di dambakan setiap muslim. Semoga, hubungan kalian kekal ke akhir hayat, Insya'allah.. Lagi gambar perkahwinan mereka di bawah.























