Penghujung Disember ini, program Maharaja Lawak Mega (MLM) bakal melabuhkan tirainya. Bagaimanapun, sehingga kini masih ramai yang belum boleh membuat ramalan tepat mengenai pilihan peserta yang bakal berada di pentas akhir MLM. Apapun, selepas MLM berakhir nanti, program Raja Lawak 6 (RL6) bakal menjelma untuk terus menghiburkan pelanggan setia Astro Warna (saluran 132) yang terkandung dalam pakej Astro Mustika. asda
Namun bukan itu yang ingin di ceritakan, kami ada khabar berita lebih panas dari itu, khabarnya bintang Raja Lawak Musim kelima iaitu kumpulan R2 yang dikhabar sudah pun berpecah. Menurut sumber, R2 yang dianggotai pasangan adik-beradik iaitu Rahim dan Ridzuan tidak lagi bersatu walaupun mereka tinggal sebumbung. Media diberitahu lagi, kes yang terjadi kepada kumpulan R2 ini mirip dengan kes kumpulan Cham yang dianggotai oleh Along dan Azrul tidak lama dulu.
Walaupun masih lagi belum menerima kata putus daripada Rahim ataupun Ridzuan, kami difahamkan punca R2 berpecah datang dari juara RL6 iaitu Man. Khabarnya, Man telah meracuni fikiran Rahim dan sering mengajak Rahim untuk bergandingan dalam mana-mana persembahan. Memandangkan Man adalah juara dan banyak menerima jemputan hiburan berbanding R2, Rahim telah pun bersetuju dan selalu berganding dengan Man.
Khabarnya juga, Rahim dan Man sudah pun mempunyai nama kumpulan sendiri. Walaupun begitu, nama kumpulan itu masih belum boleh diberitahu lagi kerana banyak kali mereka menukar gelaran baru untuk bersama. Persoalanya, apa jadi dengan Ridzuan? Takkan dia dibiarkan begitu saja. Takkan Rahim ingin membiarkan adiknya begitu sahaja???
Namun bukan itu yang ingin di ceritakan, kami ada khabar berita lebih panas dari itu, khabarnya bintang Raja Lawak Musim kelima iaitu kumpulan R2 yang dikhabar sudah pun berpecah. Menurut sumber, R2 yang dianggotai pasangan adik-beradik iaitu Rahim dan Ridzuan tidak lagi bersatu walaupun mereka tinggal sebumbung. Media diberitahu lagi, kes yang terjadi kepada kumpulan R2 ini mirip dengan kes kumpulan Cham yang dianggotai oleh Along dan Azrul tidak lama dulu.
Walaupun masih lagi belum menerima kata putus daripada Rahim ataupun Ridzuan, kami difahamkan punca R2 berpecah datang dari juara RL6 iaitu Man. Khabarnya, Man telah meracuni fikiran Rahim dan sering mengajak Rahim untuk bergandingan dalam mana-mana persembahan. Memandangkan Man adalah juara dan banyak menerima jemputan hiburan berbanding R2, Rahim telah pun bersetuju dan selalu berganding dengan Man.
Khabarnya juga, Rahim dan Man sudah pun mempunyai nama kumpulan sendiri. Walaupun begitu, nama kumpulan itu masih belum boleh diberitahu lagi kerana banyak kali mereka menukar gelaran baru untuk bersama. Persoalanya, apa jadi dengan Ridzuan? Takkan dia dibiarkan begitu saja. Takkan Rahim ingin membiarkan adiknya begitu sahaja???
Baru-baru ini, berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan Eira Syazira dan Azad yang bertemakan Bollywood. Beerikut beberapa gambar sekitar majlis resepsi pasangan ini. Kredit Facebook Kameradansa.
| Sobri Anuar (kanan) dan pasangannya Bob Kuman daripada kumpulan Bawal Power ketika beraksi dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega. |
Pelawak, Mohd Sobri Anuar, 35 (Sobri), mengakui berasa terkesan dengan impak dan respons umum susulan persembahan komedi yang didakwa mempersendakan penyanyi Zaiton Sameon pada Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) dan konsert Maharaja Lawak Mega (MLM), bulan lalu.Sobri berkata kejadian tersebut menjadi pengajaran dan panduan buatnya agar lebih berhati-hati dan peka ketika berlawak, khususnya di depan khalayak atau acara-acara rasmi.
“Saya akui terkesan dengan impak kontroversi lawak itu tetapi mujurlah sokongan keluarga dan kawan-kawan rapat banyak memberi perangsang agar tidak mudah patah semangat.
“Seperti yang sudah dijelaskan kepada media sebelum ini, lawak itu bukan berniat untuk mempersendakan sesiapa tetapi cara dan pendekatan sebegitu tidak bersesuaian dengan budaya dan pemikiran masyarakat kita pada masa ini.
“Saya berharap, sedikit demi sedikit, masyarakat kita akan lebih terbuka untuk menerima pendekatan komedi begitu pada masa depan,” katanya.
Apabila ditanya adakah kontroversi itu akan mengganggu gugat tumpuannya dalam MLM, Sobri berkata sebagai orang baru dia menerima segala kritikan dan akan menyesuaikan pendekatan komedinya agar lebih disenangi selepas ini.
“Saya harus fleksibel dan menyesuaikan komedi saya agar dapat diterima ramai. Di Malaysia, gaya komedi sedemikian masih belum dapat diterima oleh kebanyakan pihak.
“Walhal, tujuan komedi itu adalah untuk memberikan pengajaran dan teguran dalam gaya yang santai dan lawak jenaka.
“Bagaimanapun, sebagai orang Melayu dan pendatang baru, saya terima segala kritikan dan pandangan dengan hati terbuka,” katanya.
“Saya ada merujuk kepada keluarga, teman-teman rapat dan rakan-rakan artis tentang kes ini dan mereka meminta saya melihat insiden ini daripada sudut positif.Kontroversi lawak Sobri bermula apabila bekas graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini mementaskan jenaka yang mempersendakan Zaiton Sameon ketika dia muncul sewaktu iklan pada AIM18, 12 November lalu.Sobri meneruskan pendekatan komedi yang serupa ketika beraksi pada minggu keempat MLM, 18 November lalu, sekaligus menghangatkan lagi kontroversi berkenaan.
“Terus-terang, saya sendiri tidak pasti adakah kes ini akan membantu melonjakkan nama saya atau sebaliknya.
“Apa pun, saya harus berterima kasih kepada Zaiton kerana tidak memanjangkan hal ini. Saya sangat hargai tegurannya dan menghormati penyanyi berpengalaman sepertinya,” katanya.
Sobri dan pasangannya, Bob Kuman yang bergabung sebagai kumpulan Bawal Power masih lagi meneruskan persaingan dalam MLM yang bersiaran pada setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132).
"Hanya kerana penggunaan perkataan reformasi dalam lagu tersebut Panik diharamkan walaupun itu bukan lagu berunsurkan politik," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.Tambahnya, penggunaan perkataan itu juga tiada kena mengena dengan laungan Gerakan Reformasi oleh sebuah parti politik pembangkang satu ketika dahulu.
"Jika perkataan reformasi itu terus merujuk kepada peristiwa yang pernah berlaku, saya rasa tidak adil kerana maksud reformasi bukan merujuk kepada kejadian tersebut.Sementara itu, Sam berkata walaupun agak terkilan dengan tindakan RTM dia tidak patah semangat untuk terus menghasilkan lirik dan muzik yang bagus untuk peminat. Katanya, dia menulis sesebuah lagu hanya berdasarkan kepada pengalaman hidup untuk dikongsi bersama peminat dan bukannya untuk menimbulkan kontroversi. Sam juga baru-baru ini menerima anugerah Komposer Muda Berpotensi pada Malam Mesra Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia 2011 (MACP) pada minggu lalu.
"Dan jika ya, sepatutnya perkataan itu dibuang terus daripada kamus," ujarnya.
Tatkala pemain bola sepak negara, Muhamad Nazmi Faiz Mansor, 17 mendapat tahu dirinya digosipkan bersama pelakon jelita, Neelofa, figura itu nyata terkejut sambil berfikir panjang akan punca cerita itu boleh tersebar luas di laman maya. Bagaimanapun, Nazmi yang agak pemalu orangnya memberitahu, bahawa dia meminati Neelofa setelah melihat kekerapan wajah cantik aktres itu menghiasi majalah hiburan tempatan.
Malah, anak keempat daripada lima adik-beradik itu ikhlas mengakui tambah meminati Neelofa sebaik saja menonton lakonan pemenang Dewi Remaja itu.
Malah, anak keempat daripada lima adik-beradik itu ikhlas mengakui tambah meminati Neelofa sebaik saja menonton lakonan pemenang Dewi Remaja itu.
"Jujur saya katakan, saya memang tidak pernah berjumpa dengan Neelofa. Jadi, kalau saya tak pernah jumpa dengan dia, bagaimana pula saya boleh dikatakan makan malam bersamanya? Terus-terang, saya mendapat tahu diri saya dikaitkan dengan Neelofa daripada kawan saya sendiri yang juga seorang pemain bola sepak.Dalam pada masyarakat rancak mempersoalkan gosip berkenaan, Nazmi turut dikatakan sudah mempunyai pasangan kekasih bernama Nadia Ismael. Ternyata, Nazmi tambah terkejut apabila mendengar nama itu dan terus menegaskan bahawa dirinya masih lagi tidak mempunyai teman istimewa.
"Selepas mendapat tahu, saya terus membaca gosip berkenaan. Walaupun saya terkejut, tergamam dan tidak menyangka perkara sebegini boleh berlaku, tapi ada sedikit rasa gembira kerana saya juga adalah peminat Neelofa.
"Buat sementara waktu, saya tidak akan berjumpanya memandangkan saya sibuk dengan latihan dan persiapan untuk perlawanan akan datang. Pun begitu, saya tidak boleh menolak andai kata berpeluang bertemu dengan dia," katanya.
"Saya masih lagi muda. Baru saja berusia 17 tahun. Perjalanan saya masih jauh. Saya masih belum ada kekasih lagi. Saya masih lagi solo. Nadia Ismael itu adalah kawan kepada adik saya. Dia memang sangat rapat dengan adik saya. Saya hairan kenapa dia dikatakan kekasih saya.Sementara itu, jejaka yang berasal dari Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu turut mengakui banyak perubahan berlaku sebaik saja dia pulang dari Sukan Sea 2011 di Indonesia. Pun begitu, dia memberitahu populariti bukanlah suatu perkara yang diidamkannya selama ini.
"Saya cuma anggap Nadia seperti kawan saya saja. Tidak lebih dari itu. Kalau boleh saya mahukan gosip seperti ini dihentikan kerana saya mahu memberikan fokus kepada karier bola sepak saya. Apapun, saya bersyukur setakat ini gosip ini tidak mendatangkan kesusahan dan gangguan dalam hidup saya.
"Sekali lagi, saya mahu menegaskan bahawa setakat ini, saya bukanlah pemain bola sepak yang dikatakan digilai selebriti tempatan. Tiada seorang artis pun cuba datang mendekati saya apatah lagi Neelofa," jelasnya.
"Apa yang berlaku sekarang adalah rezeki saya. Saya tidak pandang pada populariti tetapi lebih mengambil berat terhadap karier saya pada masa akan datang. Saya mahu menambahkan fokus saya. Memang benar, hidup saya sudah mula berubah dan ke mana saja saya pergi pasti ada saja peminat bola sepak yang menegur dan mahu bergambar bersama saya.Fakta yang anda perlu tahu tentang Nazmi Faiz :
"Namun, saya tidak menolaknya dan melayan dengan sebaiknya kerana saya tahu tanpa sokongan mereka, saya dan rakan sepasukan tidak akan sampai ke tahap ini. Saya berterima kasih kerana melabelkan saya sebagai seorang hero Malaya.
"Bagi saya, panggilan ini bukan untuk saya seorang saja. Ia lebih sesuai ditujukan kepada seluruh pasukan saya yang sama-sama berjuang di medan pertempuran. Tiada seorang pun yang terkecuali," ujarnya.
- Sanggup meninggalkan akademik dengan tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana merasakan dirinya lebih menyerlah dalam bidang sukan bola sepak.
- Akademik masih lagi menjadi tunjang utama dan menganggap ia satu perkara yang boleh dilaksanakan tidak kiralah jika seorang itu sudah meningkat usia.
- Masih belum ketahui tarikh untuk menduduki SPM kerana segalanya sedang diuruskan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Sejak berusia 6 tahun lagi, Nazmi sudah mula bermain bola sepak dengan memaksa ayahnya untuk bermain bersama.
- Mempunyai seorang kakak, dua orang abang dan seorang adik.
- Seluruh keluarganya meminati bola sepak namun dirinya saja yang mempunyai bakat besar dalam bidang ini.
"Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta. Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai. - kata Khairul FahmiTakziah sekali lagi kepada Khairul Fami dan keluarga atas pemergin insan tercinta. Al-Fatihah...
| Chomel Fana |
Selain menyanyi dan berlakon, dia juga hebat dalam sukan yang merupakan seorang pemain bola sepak wanita Malaysia B serta bekas ahli Silat Selangor dan Olahragawati negeri Selangor. Kecederaan yang dialami membuatkan Chomell tidak boleh lagi beraksi dalam mana-mana acara sukan apatah lagi mahu mewakili negara dalam sukan yang diminati itu.
Hal tersebut membuatkan dia enggan bertemu mahupun bercakap dengan sesiapa pun termasuklah keluarga dan rakan-rakannya sendiri sekaligus Chomel semakin hilang kawan.Bagaimanapun, semangat baru tiba-tiba muncul dalam diri untuk terus sedar daripada lamunan yang diciptanya sendiri, itu pun selepas setahun ‘terperap’ di rumah.
“Apa yang berlaku sebelum ini memberi pengajaran besar buat saya dan percaya ada hikmah di sebaliknya.
"Dulu, semasa aktif bersukan, memang saya lupa semua perkara termasuklah lupa pada keluarga dan kawan-kawan, yang ada pun hanya kawan pasukan sahaja.
“Mungkin tuhan mahu tunjuk, ligamen lutut saya cedera teruk dan sehingga terpaksa lupakan terus dengan sukan yang paling saya sayangi itu.
"Sepanjang setahun melalui tempoh kemurungan, baru sedar yang selama ini saya terlalu pentingkan diri sampai lupa tanggungjawab sebagai seorang anak, contohnya sering balik lewat malam dan buat tak tahu saja bila mak beri nasihat.
“Alhamdulillah, saya sedar dengan kesilapan sendiri. Terima kasih juga kepada teman, Rina Derina yang menyedarkan saya dan sentiasa berada disisi ketika jiwa bercelaru,” katanya yang juga aktif dengan bola jaring, bola tampar dan hoki ketika itu.
Tidak lama selepas itu, tambah Chomel, dia mula bekerja sebagai pengawal pantai di sebuah pusat rekreasi air selama tiga tahun dan kemudiannya bekerja sementara sebagai penjaga binatang, dan barulah dia menyertai produksi drama bekerja di belakang tabir selama enam bulan. Ternyata walaupun bertubuh kecil, kecekalan dan semangat Chomel di luar jangkaan.
Kesungguhannya dalam melakukan setiap kerja serta karakter ‘gila-gila’ itu juga memberi rezeki buatnya lebih-lebih lagi apabila pengarah Aziz M. Osman mengesan bakat lakonan yang terpendam dalam dirinya dan terus berlakon watak utama menerusi siri berjudul Comel.
Selepas selesa di pentas lakonan, Chomel mencuba nasib membawa namanya ke dunia nyanyian dan peluang menjadi artis naungan KRU Studios satu rezeki keemasan yang tak mungkin diabaikan begitu sahaja. Lantas, single lagu pertama berjudul BFF yang berkonsepkan pop menjadi taruhan, tanda pengenalan buat peminat-peminat muzik tempatan.
“Pada mulanya saya meragui keupayaan diri untuk menyanyi, tetapi akhirnya keyakinan itu tumbul hasil sokongan kawan-kawan baik serta keluarga. Jika tidak keberatan, saya nak menyebut nama kawan-kawan saya ini iaitu Yayaq, Dee serta Rina.
“Sebenarnya BBF bermaksud Best Friend Forever yang menceritakan tentang sahabat sejati. Di mana merekalah yang akan sentiasa berada di samping kita walau apa pun berlaku, tidak kiralah susah atau senang.
“Kebetulan pula lagu ini sangat sesuai dengan jiwa saya kerana ia mengingatkan kepada tiga orang teman saya itu,” tuturnya yang turut gembira dengan respon positif daripada peminat mengenai BFF.
Tambah Chomel, lagu tersebut juga seolah-olah mengimbas kembali insiden kemurungannya itu dimana dia dapat melihat teman-teman yang manakah sudi bersamanya di saat diri memerlukan sokongan moral.
“Memiliki lagu ini ibaratnya seperti satu kesyukuran buat saya kerana ia telah menguatkan lagi hubungan antara saya dan teman-teman.
“Malah mereka siap menyanyi BFF untuk menceriakan saya jika mood tiba-tiba sedih. Alhamdulillah, lapan tahun berkawan, kami bagaikan adik beradik,” ujarnya.
Pelawak Shuib (Sepahtu) menganggap kelahiran anak sulung lelaki, Uwais Alqarni pada Ahad lalu sebagai tuah buat dirinya serta isteri, penyanyi Siti Sarah Raisuddin untuk memulakan kehidupan baru sebagai status ayah dan ibu. Kata Shuib, kehadiran Uwais juga ibaratnya seperti pemberi semangat dan inspirasi dalam menggalas tanggungjawab barunya itu serta menjalani karier pada masa akan datang.
Siti Sarah selamat melahirkan anak sulungnya secara pembedahan pada pukul 10.19 pagi selepas dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri pada jam 8 malam Sabtu. Dalam pada itu, Shuib berkata, keadaan Sarah sebelum bersalin agak merisaukan dirinya lebih-lebih lagi apabila melihat kesengsaraan isteri kesayangan itu menahan kesakitan.
"Saya gembira dengan kelahirannya apatah lagi apabila melihat kedua-dua ibu dan anak selamat.
"Kiranya, Uwais adalah tuah buat saya dan Sarah dan kehadirannya pasti akan menyerikan rumahtangga kami, InsyaAllah," katanya.
| Kehadiran Uzair memberikan kebahagian yang lebih lagi buat Shuib dan Sarah. |
"Risau dibuatnya apabila melihat Sarah menahan sakit untuk bersalin. Tetapi keadaannya itu membuatkan saya insaf dan bangga dengannya kerana sanggup bertarung nyawa. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar," katanya lagi.
"Apa yang boleh saya cakap sekarang, segala keputusan ada dalam tangan saya. Biarlah saya memikul tanggung jawab untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik. Apa yang penting, saya amat menyayangi keluarga saya dan menghormati perasaan isteri saya.Biarlah saya menyelesaikan perkara ini secara tertutup antara kami. Saya sebenarnya percaya ada dalang di luar sana yang cuba menghancurkan serta mengganggu rumah saya dan Raja AzmiBagi kami, skelihatan memang mereka nampak ada hubungan yang agak istimewa di antara Jalani dan Zaleha. Namun mungkin bagi Jalani, bergambar mesra sebegitu tidak bermaksud apa-apa.
| Shehabaddin sewaktu raptai persembahan |
Walapun hanya berada selama 3 bulan diMalaysia, namun Shehabaddin turut merangkul gelaran Persembahan Vokal Terbaik di yang membolehkan beliau menerima hadiah wang tunai berjumlah RM11,000. Paling menarik beliau yang sedang belajar di negeri Indera Kayangan ini menghafal dan memahami lirik lagu yang disampaikan dengan bantuan kawan-kawannya melalui terjemahan Bahasa melayu ke Bahasa Arab. Berikut video beliau di persembahan finalnya.
Gigih berlatih selama 3 jam setiap hari memberi pulangan lumayan ketika memenangi pertandingan pertama kali dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia(KPKK).
Ketika ditanya apa yang akan dibuat dengan hadiah wang tunai yang dimenangi, beliau memberitahu wang tersebut digunakan untuk perbelanjaan pembelajarannya. Anak ke enam dari sembilan adik beradik ini berhajat untuk merakamkan lagu Melayu melalui ciptaannya sendiri sekiranya diberi peluang oleh komposer-komposer tempatan.
Khabarnya juga, oleh kerana sambutan hangat yang diberikan bukan saja oleh warganegara luar yang mahu menyertai pertandingan dan audiens di Auditorium Perdana, Angkasapuri malam semalam, malah masyarakat secara umumnya, menurut Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli, pertandingan ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.
Ketika ditanya apa yang akan dibuat dengan hadiah wang tunai yang dimenangi, beliau memberitahu wang tersebut digunakan untuk perbelanjaan pembelajarannya. Anak ke enam dari sembilan adik beradik ini berhajat untuk merakamkan lagu Melayu melalui ciptaannya sendiri sekiranya diberi peluang oleh komposer-komposer tempatan.
Khabarnya juga, oleh kerana sambutan hangat yang diberikan bukan saja oleh warganegara luar yang mahu menyertai pertandingan dan audiens di Auditorium Perdana, Angkasapuri malam semalam, malah masyarakat secara umumnya, menurut Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli, pertandingan ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.
Memalukan dan mengecewakan! Itulah digambarkan pelakon tersohor, Datuk Jalaluddin Hassan, apabila tersebarnya berita perkahwinan penyanyi, Syella Kamaruddin yang dikaitkan dengan abangnya, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Jalaluddin memberitahu, berita yang tersebar di laman maya itu, membuatkan dia dan keluarga terkejut besar. Malah orang tuanya sendiri tidak mengetahui perkara ini.
Gambar mereka turut tersebar dan nama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, tiba-tiba menjadi sebutan. Musa, bagaimanapun, dalam satu kenyataan, menafikan khabar itu dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang menyebarkan berita palsu itu. Sementara itu, Syella gagal dihubungi bagi menjelaskan perkara sebenar.
“Baru semalam (Jumaat) saya hubungi abang saya. Bila saya bertanyakan perkara ini, abang dan kakak ipar saya tergelak besar.Jalaluddin turut kesal dan marah apabila berita itu turut mengaitkan bapanya.
“Orang paling terkesan dengan khabar ini ialah orang tua kami. Takkanlah abang saya sekejam itu sehingga menyembunyikan hal ini dari pengetahuan mereka,” katanya kepada wartawan.
“Saya ada terbaca artikel berkenaan isu itu. Kenapa menulis sedemikian? Mengaitkan pula ayah saya dalam hal ini.Berikutan fitnah yang disebarkan, Jalaluddin menggesa abangnya mengambil tindakan ke atas mereka yang menyebarkan fitnah tersebut.
“Cukuplah mereka membuat cerita tidak benar tentang abang saya. Kini mereka mahu melibatkan ayah saya pula. Orang yang menyebarkan berita ini memang tidak berbudi bahasa,” katanya dalam nada geram.
“Bagi saya, mereka yang menyebarkan fitnah ini merupakan orang yang tidak mempunyai hati dan perasaan. Main sedap mulut sahaja berkata-kata.Membangkitkan mengenai perkahwinan yang dikatakan menelan belanja RM15 juta itu, Jalaluddin memberitahu, adalah sesuatu yang mustahil jika abangnya mempunyai wang sebanyak itu kerana menurutnya, Musa merupakan seorang yang sederhana dalam segala hal.
“Kalau tidak tahu, buat cara tidak tahu. Sebelum sebarkan, siasat dahulu berita itu benar atau tidak,” katanya.
“Abang saya memakai selipar apabila keluar. Dia juga pergi ke kedai mamak untuk makan. Kalau abang saya mampu mengadakan majlis perkahwinan yang berjumlah RM15 juta, pasti bapa saya kini hidup lebih senang,” katanya.Selain akan mengambil tindakan ke atas mereka yang menyebarkan fitnah ini, Jalaluddin juga turut meminta agar suami Syella tampil membuat kenyataan.
“Perkara ini melibatkan maruah kami sekeluarga. Jika suami Syella seorang yang gentleman, sila tampil dan betulkan keadaan,” katanya.Jalaluddin juga meminta agar Syella tidak terus menyembunyikan suaminya itu.
“Sekiranya suami Syella rasa bertanggungjawab terhadap isu ini, dia harus datang ke depan dan tonjolkan dirinya.Sebelum ini, perkahwinan Syella, mengejutkan orang ramai apabila majlis persandingan dan hantaran yang diterima mencecah RM15 juta. Bertambah kecoh, apabila Syella, dikatakan berkahwin dengan orang kenamaan yang pernah memegang jawatan penting dalam negara.
“Dia harus sedar, kami semua terluka dengan tohmahan yang dibuat oleh masyarakat, terutama terhadap orang tua saya. Tambahan pula, perkara ini tidak semena-mena melibatkan orang yang tidak bersalah,” kata Jalaluddin.
Gambar mereka turut tersebar dan nama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, tiba-tiba menjadi sebutan. Musa, bagaimanapun, dalam satu kenyataan, menafikan khabar itu dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang menyebarkan berita palsu itu. Sementara itu, Syella gagal dihubungi bagi menjelaskan perkara sebenar.
Terbaru, Fasha Sandha sekali lagi terpilih sebagai penghias muka hadapan majalah edisi Disember 2011 dan kali ini bersama Majalah Cosmopolitan. Menarik bukan, ingin tahu isi kandunganya??? Dapatkan di pasaran dengan hanya RM5.50 sahaja.
Baru-baru ini, pengasas Syarikat Herba Prima Sdn. Bhd. yang kini di kenali dengan DR Group Sd. Bhd. iaitu Dato Dr. Che Rozmey Bin Che Din khabarnya telah mengeluarkan prduk kesihatan terbaru yang berunsurkan penapis air. Malah, produk tersebut juga yang di beri nama dR-Premier bernilai RM3250 sebijik mendapat kontroversi apabila pengasasnya memberikan trademark "Setanding Dengan Air Zam-Zam".
Namun, bukan itu yang kami mahu ceritakan hari ini mengenai kisah pengasas dR-Buku pesaing kepada Facebook ini. Tapi ini cerita yang mungkin membuatkan pelanggan pengasas ini terasa tertipu. Terbaru, sebuah laman blog melaporkan, gelaran 'Doktor' yang di guna oleh Che Rozmey ini khabarnya telah di tarik balik atas sebab-sebab tertentu. Isu penarikbalikan gelaran tersebut berkuatkuasa untuk tempoh 2 tahun kerana beliau di dapati melanggar etika doktor dalam bidang perubatan dan alasannya telah dinyatakan dalam surat yang dilampirkan blog tersebut. Berikut suratnya.
Namun, bukan itu yang kami mahu ceritakan hari ini mengenai kisah pengasas dR-Buku pesaing kepada Facebook ini. Tapi ini cerita yang mungkin membuatkan pelanggan pengasas ini terasa tertipu. Terbaru, sebuah laman blog melaporkan, gelaran 'Doktor' yang di guna oleh Che Rozmey ini khabarnya telah di tarik balik atas sebab-sebab tertentu. Isu penarikbalikan gelaran tersebut berkuatkuasa untuk tempoh 2 tahun kerana beliau di dapati melanggar etika doktor dalam bidang perubatan dan alasannya telah dinyatakan dalam surat yang dilampirkan blog tersebut. Berikut suratnya.
Seperti yang semua maklum, Lisa Surihani Mohamed dipilih antara lima penerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri sempena Perhimpunan Agung pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini. Empat penerima lain ialah Johan Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Suraya Abu Hassan; penerima kumpulan pertama Biasiswa Nasional 2010, Nur Izzati Zainal Nazeri; pemenang pingat emas dalam sukan renang Sukan SEA 2011, Katrina Ann Abd Hadi dan usahawan wanita cemerlang, Harlina Hamid.Berikut beberapa gambar Lisa Surihani di Perhimpunan UMNO 2011.