Jika anda masih ingat sekitar tahun 2008, ketika Avril Lavigne berada dipuncak popularitinya, beliau ada menyenaraikan Kuala Lumpur sebagai salah satu lokasi jelajah untuk konsertnya. Namun, Avril Lavigne menerima tentangan hebat dari pelbagai pihak termasuk sayap Pemuda PAS yang mengatakan imej penyanyi ini terlalu seksi untuk tatapan rakyat Malaysia. Selepas hampir 4 tahun, Avril Lavigne mengesahkan yang beliau akan turun ke Stadium Merdeka, Kuala Lumpur sekali lagi untuk menghiburkan para peminat muzik beliau disini. Avril Lavigne Live in Malaysia akan mengambil tempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 18 Februari 2012 nanti dan sebarang perkembangan tentang masa serta penjualan tiket anda boleh dapatkan di ticket2u. Berikut lagu terbaru beliau "Wish You Were Here".
Khabarnya, ratu rock tanah air, Ella yang kini berusia 45 tahun telah pun di miliki seorang jejaka misteri. Walau bagaimanapun, beliau katanya masih belum bersedia mendedahkan identiti kekasihnya sepenuhnya. Namun, untuk sesiapa yang ingin melihat kekasih hatinya itu, Ella dalam temubual ringkasnya berkata, sekiranya anda atau media bernasib baik, anda akan melihat kekasihnya yang turut hadir ke konsert Whitesnake di Stadium Merdeka , Kuala Lumpur, 30 Oktober 2011 nanti. Berikut ulasan Ella. Kredit Utusan
"Biarlah wartawan atau peminat tahu sendiri kerana saya tidak mahu komen panjang. Kalau anda bernasib baik dia (kekasih) akan datang ke konsert Whitesnake di Stadium Merdeka , Kuala Lumpur, 30 Oktober ini.
"Itu pun kalau dia ada di sini (dalam negara) sewaktu konsert itu berlangsung. Cuma apa yang boleh saya cakap, dia orang biasa sahaja," ungkapnya selepas pelancaran konsert Whitesnake di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Semalam, sidang media Whitesnake World Tour 2011 di adakan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Apa yang menarik, apabila berjumpa dengan ratu rock tanah air, iaitu Ella dan band beliau yang akan menjadi pembuka tirai pada konsert Whitesnake World Tour 2011 yang di adakan di Stadium Putra Bukit Jalil 30 Oktober 2011 ini. Ella katanya amat teruja dengan tawaran pihak Whitesnakeyang memilihnya sebagai artis pembuka tirai. Ella akan membawa 5 buah lagu untuk pembuka tirai selama 30 minit dan kebanyakan lagu, adalah berbahasa melayu yang pernah di popularkan olehnya. Ella juga katanya kini dalam proses merakamkan lagu untuk album terbarunya yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Apa yang menarik juga, album terbarunya itu akan terbit bersama lagu kolaborasi bersama Mizz Nina. Untuk anda yang berminat untuk menyaksikan Whitesnack dan Ella beraksi diatas satu pentas, dapatkan tiket Whitesnake World Tour 2011 melalui Ticket Pro atau AirAsia RedTix. Harga bermula RM98.Lagi gambar terbaru Ella di sidang media semalam.
Kami di maklumkan di Mstar, bahawa Datuk Ramli MS akan memfailkan tuntutan saman terhadap dua syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan Konsert Keunggulan Francissca Peter kerana gagal melunaskan bayaran penuh kepadanya termasuk pihak pemuzik. Konsert berkenaan diadakan selama dua hari bermula 5 Februari lalu di Istana Budaya di sini. Ia dianjurkan bersama oleh Eye Design dan juga syarikat penjualan tiket iaitu www.ticket2u.biz. Ramli berkata, pemuzik yang mengiringi konsert berkenaan hanya mendapat 75 peratus sahaja bayaran manakala upahnya sebagai pemimpin orkestra langsung tidak dibayar.Tambahnya, selepas pembayaran berkenaan dibuat, pihak berkenaan terus mendiamkan diri tanpa membuat pembayaran selanjutnya kepada mereka. Ramli menjelaskan, dia terpaksa meneruskan tugasnya memimpin konsert berkenaan apabila pihak penganjur berjanji untuk menyelesaikan bayaran pada hari kedua konsert tetapi mereka sebenarnya tidak melakukan perkara itu.Katanya, antara alasan yang diberikan oleh kedua-dua pihak ialah mereka tidak mempunyai wang untuk melunaskan baki yang tertunggak Ujarnya juga, masalah yang timbul itu menyebabkan dia diburu oleh pemuzik yang terlibat dalam konsert berkenaan kerana mereka mahu menuntut bayaran masing-masing sehingga menjejaskan reputasinya dalam bidang seni. Berikut ulasan beliau ketika ditemui Mstar.
“Pada hari pertama konsert, pihak penganjur hanya melunaskan bayaran sebanyak 50 peratus sahaja untuk pemuzik-pemuzik saya seramai 45 orang manakala baki 25 peratus lagi telah dilunaskan selepas sepuluh hari. Itu pun apabila peguam saya berhubung dengan pihak ticket2u.biz untuk menuntut bayaran berkenaan,”
"Pihak penganjur sebelum ini sudah dimaklumkan mengenai cara saya bekerja iaitu mereka perlu membuat pembayaran keseluruhan kepada saya termasuk pemuzik pengiring sebelum konsert berlangsung.
“Malangnya mereka gagal memenuhi syarat itu menyebabkan konsert tersebut lewat 20 minit kerana perbincangan bayaran dengan pihak penganjur terpaksa dilakukan,”
"Ini merupakan kejadian pertama yang berlaku sepanjang pembabitan saya menjadi pengarah muzik. Saya merasakan apabila timbul masalah seperti ini, pada masa akan datang sudah tentu pemuzik yang dipanggil bekerja di bawah saya bimbang untuk melakukan kerjasama lagi,”
Kalau sebelum ini, Konsert Mega Raya 2010 mendapat sambuat menggalakan, kini Astro kembali lagi dengan konsert Mega Raya 2011 yang akan di adakan pada 30 Ogos 2011 jam 6 petang. Ramai artis yang turut serta dalam Konsert tersebut, antaranya, Aznil Nawawi, Farid Kamil, Akim AF, Zizan Raja Lawak, Jimmy Shanley, Kamal Adli, Adi Fashla, Scha Al Yahya, Erra Fazira, Ziana Zain, Elfira Loy, Kila Fairy, Ira, Erul AF9 dan Ana Raffali. Berikut ulasan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli.
"Ini merupakan tahun ketiga kami menerbitkan program Mega Raya 2011 dan ia banyak kelainannya berbanding sebelum ini.
"Antaranya ialah kepelbagaian artis yang terdiri daripada artis baru dan lama serta beberapa segmen baru yang berbentuk permainan," jelasnya ketika ditemui pada sesi rakaman Mega Raya 2011, di sini, Sabtu lalu.
Program selama sejam itu juga akan menampilkan beberapa sketsa bagi memeriahkan lagi program tersebut.
"Dari segi pemilihan lagu, mereka bukan sahaja mendendangkan lagu Hari Raya malah lagu-lagu yang sedang popular masa kini.
"Kami mahu program ini ditonton seisi keluarga pada petang Hari Raya dalam keadaan santai,"
