• Home
  • Forum
  • Chating Bersama OM
  • Crew OM
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Siapa OM?
a onblur=”try {parent. deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}”"margin: 0px auto 10px; display: block; text-align: center; cursor: pointer; width: 400px; height: 300px;” src=”" alt=”" id=”BLOGGER_PHOTO_ID_5433478876639914642″ border=”0″ />
.:[Close][Klik 2x]:.
Masukan Kode iklan atau Gambar yang anda inginkan di sini
  • Home
  • World
  • US
  • Business
    • Category
      • Category
      • Category
      • Category
      • Category
    • Category
    • Category
    • Category
  • Entertainment
  • Sports
  • Technology
  • Editor's picks
  • Top Stories
    • Category
    • Category
    • Category
    • Category
You are here : Home »
Showing posts with label Penipuan. Show all posts
Semalam agak kecoh, apabila The Malaysian Insider mengatakan Chef Riz mempalsukan pengalaman bekerjanya untuk dimuatkan di dalam profil juri Master Chef Malaysia juga di dalam laman web mereka. Dan hari ini, pihak Astro melalui Facebook Masterchef Malaysia telah mengeluarkan kenyataan yang Chef Riz memohon maaf atas pemalsuan tersebut. Bagi kami, mungkin Chef Riz tidak menyangka, ada pihak yang akan menyiasat profile beliau sehingga begitu teliti sekali. Jadi, ini bermakana Chef Riz tidak pernah bekerja sebagai Chef di Cuisine dan Sous Chef yang terletaknya di luar negara itu. Berikut screenshoot permohonan maaf Chef Riz yang di keluarkan oleh pihak Astro. Kredit Facebook Masterchef Malaysia
chef riz
Chef Wan melalui Facebooknya agak malu terhadap anaknya Chef Riz yang menipu pengalaman bekerjanya hanya semata-mata untuk menjadi juri MCM. Chef Wan kami lihat adalah insan yang tetap berpendirian dan tidak menyeblahi mana-mana pihak, walaupun anaknya sendiri. Tahniah Chef Wan. Semoga Chef Riz dapat menjadikan ini sebagai satu pengajaran, begitu juga orang di luar sana. Berikut komen Chef Wan di Facebook beliau.
chef wan tegur chef riz
Mengikut laporan daripada The Malaysian Insider hari ini. Setelah siasatan dibuat, pihak The Malaysian Insider mendapati pengalaman bekerja yang ditulis pada profil Chef Riz di laman web Master Chef Malaysia adalah tidak benar. Menurut pihak Astro, profil yang di pertontonkan di laman web Masterchef Malaysia diberikan sendiri oleh Chef Riz atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Redzuawan. Menurut laporan The Malaysian Insider, Chef Riz mendakwa pernah bekerja sebagai Ketua Chef disebuah restoran paling popular didunia milik Mario Batali, Babbo di kota New York ketika beliau berumur 22 tahun. Namun setelah di hubungi pihak The Malaysian Insider, Pengarah komunikasi Mario Batali, Pamela Lewy mengesahkan dalam balasan melalui e-mail yang mereka tidak pernah mempunyai Ketua Chef bernama Mohd Nadzri Redzuawan. Namun, Chef Riz yang dihubungi pula tetap menegaskan yang beliau pernah bertugas sebagai Ketua Chef disana selama setahun bermula Januari 2005 sehingga Disember 2005 ketika di hubungi. Chef Riz turut mendakwa beliau pernah bertugas sebagai sous chef (orang kedua terkuat dalam sistem dapur) di Le Bernardin, restoran mewah milik Eric Ripert. Namun ketika di hubungi pihak The Malaysian Insider, Wakil Le Bernardin, Helen Medvedovsky membalas pertanyaan dengan berkata mereka tidak pernah mempunyai pekerja dengan nama seperti didakwa dalam profile Chef Riz dalam website Master Chef Malaysia. Namun setelah di ketahui umum, pihak Astro telah mengubah di laman web Master Chef Malaysia yang Chef Riz hanya pernah menjadi pelatih di kedua dua buah restoran mewah tersebut. Berikut screenshot laman web Master Chef Malaysia sebelum dan selepas di ubah.

Sebelum Di Ubah
Selepas Di Ubah
Lagi Selepas Di Ubah (Lebih Jelas)
Kami di maklumkan di Mstar, bahawa Datuk Ramli MS akan memfailkan tuntutan saman terhadap dua syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan Konsert Keunggulan Francissca Peter kerana gagal melunaskan bayaran penuh kepadanya termasuk pihak pemuzik. Konsert berkenaan diadakan selama dua hari bermula 5 Februari lalu di Istana Budaya di sini. Ia dianjurkan bersama oleh Eye Design dan juga syarikat penjualan tiket iaitu www.ticket2u.biz. Ramli berkata, pemuzik yang mengiringi konsert berkenaan hanya mendapat 75 peratus sahaja bayaran manakala upahnya sebagai pemimpin orkestra langsung tidak dibayar.Tambahnya, selepas pembayaran berkenaan dibuat, pihak berkenaan terus mendiamkan diri tanpa membuat pembayaran selanjutnya kepada mereka. Ramli menjelaskan, dia terpaksa meneruskan tugasnya memimpin konsert berkenaan apabila pihak penganjur berjanji untuk menyelesaikan bayaran pada hari kedua konsert tetapi mereka sebenarnya tidak melakukan perkara itu.Katanya, antara alasan yang diberikan oleh kedua-dua pihak ialah mereka tidak mempunyai wang untuk melunaskan baki yang tertunggak Ujarnya juga, masalah yang timbul itu menyebabkan dia diburu oleh pemuzik yang terlibat dalam konsert berkenaan kerana mereka mahu menuntut bayaran masing-masing sehingga menjejaskan reputasinya dalam bidang seni. Berikut ulasan beliau ketika ditemui Mstar.

“Pada hari pertama konsert, pihak penganjur hanya melunaskan bayaran sebanyak 50 peratus sahaja untuk pemuzik-pemuzik saya seramai 45 orang manakala baki 25 peratus lagi telah dilunaskan selepas sepuluh hari. Itu pun apabila peguam saya berhubung dengan pihak ticket2u.biz untuk menuntut bayaran berkenaan,”
"Pihak penganjur sebelum ini sudah dimaklumkan mengenai cara saya bekerja iaitu mereka perlu membuat pembayaran keseluruhan kepada saya termasuk pemuzik pengiring sebelum konsert berlangsung.
“Malangnya mereka gagal memenuhi syarat itu menyebabkan konsert tersebut lewat 20 minit kerana perbincangan bayaran dengan pihak penganjur terpaksa dilakukan,”
"Ini merupakan kejadian pertama yang berlaku sepanjang pembabitan saya menjadi pengarah muzik. Saya merasakan apabila timbul masalah seperti ini, pada masa akan datang sudah tentu pemuzik yang dipanggil bekerja di bawah saya bimbang untuk melakukan kerjasama lagi,”
Older Posts Home
  • Recent Posts
  • Comments
Advertisement

Daily Video

Page

  • Home
  • Forum
  • Chating Bersama OM
  • Crew OM
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Siapa OM?

Photos on Flickr

2010 Simplex Enews. All rights reserved.
Designed by SimplexDesign