Ustaz Dzul atau nama penuhnya yang baru selesai mengadakan ceramah pertamanya di Subang Bistari dan bergegas ingin ke Port Dickson melalui laluan di Sepang berkata :
“Semasa saya tiba di satu laluan di Sepang itu, saya ingin memotong sebuah lori muatan kepala sawit. Malangnya pada waktu itu juga lori berkenaan membelok ke kanan tanpa memberikan lampu isyarat menyebabkan kenderaan saya merempuhnya,” katanya.Kerana kejadian tersebut, beliau tidak sedarkan diri sehingga di rawat di Hospital Putrajaya. Kereta beliau juga rosak teruk terutama di bahagian penumpang hadapan.
“Saya terpaksa menerima 12 jahitan pada bahagian lutut serta lapan jahitan pada bahagian dalam mulut termasuk bibir. Alhamdulillah, tiada kecederaan dalaman semasa imbasan x-ray dibuat oleh doktor,” jelasnya.
“Saya juga bersyukur kerana hanya saya sahaja di dalam kereta berkenaan,” katanya.
0 comments