Tambahan lagi beliau menjadi tenaga pengajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Beliau juga terpaksa menagguhkan cadangannya untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat doktor falsafah (PhD) kerana ingin menumpukan perhatian pada anak-anaknya. Namun beliau tetap akan muncul di teater Mak Dara Nyonya yang bakal dipentaskan pada 6 hingga 12 Julai ini di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) sebagai melepaskan gian dalam kariernya.
"Pengalaman melahirkan anak kedua banyak mengajar saya agar tidak boleh terlalu stres kerana ia boleh menyebabkan kehilangan susu badan.
"Kebiasaannya kita boleh menyusukan anak sehingga berusia dua tahun. Kalau boleh saya mahu menyusukan mereka hingga dalam tempoh maksimum daripada menggunakan susu formula," katanya yang kini mempunyai tiga cahaya mata iaitu Mohd Armada, 4, Tulus Jiwa Ramadan, 2 dan Indah Hening Kasih, 6 bulan.

"Kali terakhir saya berlakon pada tahun 2009, pelawaan menyertai sangat saya nantikan. Sebelum ini ketika teater Nyonya ini dipentaskan di Istana Budaya dahulu saya sudah terfikir untuk berlakon teater tersebut.
"Apa yang menjadi cabaran berlakon teater ini ialah saya sentiasa memikirkan tentang betul atau tidak, kadang kala saya terfikir lebih baik tidak tahu apa-apa tentang teater daripada belajar tentangnya," katanya yang kini merupakan pensyarah di Aswara. - Temubual Mstar
0 comments