Nur Fathia Abd Latiff, 24 yang lebih dikenali ramai dengan watak Hani baru-baru nie kami dengar dia mengamuk di lokasi pengambaran drama
Stanza Cinta sampai baling telefon bimbit ke arah pengarahnya Along Kamaluddin. Berita nie kami baca di Akhbar migguan Ahad hari tu. Baru-baru ini, media ada menemubual beliau di Sri Pentas TV3 dalam pogram beramah mesra sempena keluaran drama tersebut. Berikut antara jawapanya.
"Saya langsung tiada niat untuk mengamuk sehingga membaling telefon kepada sesiapa pun, apatah lagi kepada Along yang saya hormati sebagai pengarah.
"Insiden itu berlaku secara spontan kerana telefon saya terlepas daripada tangan dan tercampak ke arah orang lain dan bukannya ke arah Along seperti yang didakwa.
"Sebenarnya, saya terlalu tertekan untuk menjayakan watak Amni dalam drama itu. Kebetulan pula, sebelum itu saya baru saja mendapat panggilan peribadi yang membuatkan saya marah dan hilang pertimbangan," katanya.
"Sebenarnya, insiden itu bukan perkara besar pun. Semuanya sudah okey dan saya juga sudah meminta maaf pada Along. Penggambaran juga berlaku seperti biasa.
"Namun, saya risau jika orang menganggap saya jahat dan sudah besar kepala walaupun baru setahun jagung dalam lakonan," katanya.
"Saya belajar banyak perkara daripada insiden tersebut. Kini, baru saya sedar setiap gerak geri kita walaupun yang remeh-temeh akan sentiasa diperhatikan orang.
"Saya kena belajar untuk mengawal emosi dan tidak mencampuradukkan masalah peribadi apabila sedang bekerja," katanya.
Beliau memegang watak gadis bertudung dan alim bernama Amni Sorfina yang berdepan cinta tiga segi untuk memilih Irfan Kamal (Aaron Aziz) atau Taufiq (Fizz Fairuz) dalam Drama Stanza Cinta 13 Episod. Drama tersebut juga di adaptasi dari novel Stanza Cinta yang di tulis oleh Nurull Halawati. Drama tersebut bersiaran pada hari setiap hari Ahad (19 Jun 2011) jam 9 malam, di Tv3.
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments