Iqram Mencari Calon, 2 Bulan Tempoh Diberi !

Iqram Dinzley pelakon drama "Dewi Cinta" terbaru, ketika ditanya pihak media baru-baru ini mengenai soal perkahwinan, beliau menyatakan, bahawa beliau memang akan berkahwin sebelum 29 september namun belum mempunyai calon untuk dijadikan isteri. Tambahnya, beliau tidak mementingkan kecantikan luaran namun hati yang baik lebih mementingkannya. Namun sekiranya beliau tidak menjumpai calon sehingga 29 september ini, beliau menyerahkan segalanya kepada ibunya.

"Saya sudah bersedia ke arah itu (berkahwin) dan sepatutnya saya mahu menamatkan zaman bujang di usia 30 tahun yang jatuh pada 29 September depan.
"Kerana itu, saya memberi masa kepada diri saya untuk mencari calon isteri yang sesuai dalam jangka masa dua bulan dan jika tidak, ibu saya pula yang akan tolong carikan. Saya percaya, pilihan ibu adalah yang terbaik kerana rumah tangga saya nanti akan direstuinya," katanya.
"Jika masih lagi belum ada calon yang sesuai, saya terpaksa memberi ruang masa sehingga umur 32 tahun untuk berkahwin," nekadnya.
Dengar kata juga, beliau kecewa kerana cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Dengan siapa? Dengan Fauziah Gous la.. Iqram juga, menyifatkan drama yang terbaru di TV3 "Dewi Cinta" ada persamaan dengan kisahnya & Fauziah.
"Saya akui bahawa selama ini kami agak rapat dan berkawan baik. Pada masa yang sama, saya juga menaruh hati kepadanya.
"Tapi nak buat macam mana, mungkin kami hanya ditakdirkan sebagai teman rapat sahaja," tuturnya.
"Drama ini ada sedikit persamaan dengan kehidupan realiti saya menagih cinta yang tidak kesampaian, kebetulan pula saya dapat tawaran lakonan ini.
"Bagaimanapun watak saya sebagai Iqbal dalam cerita ini tidaklah sepenuhnya tentang diri saya sebenar," katanya.

Note:
Pasangan Iqram & Fauziah memang hangat diperkatakan dulu, tambah-tambah lagi gosip Iqram melamar Fauziah di twitter. Sekarang, Iqram tengah mencari calon yang sesuai, apa lagi cuber2 ler tackel cik abang kita nie. Oh yer, Fauziah Gous pown bleh cuba gak, gerenti dapat punyer! hehe..
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply