Hazama Akan Berkahwin

Juara Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), Baru kami siarkan di blog ini iaitu Hazama Ahmad Azmi atau Hazama, 27, yang telah mempunyai kekasih ini telah merancang ingin berkahwin dalam masa tiga tahun lagi. Beliau akan berkahwin selepas selesai pengajian PJJ nya dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di Universiti Utara Malaysia (UUM). Duit yang dimenanginya bernilai RM200 ribu itu juga akan digunakan sebahagiannya dalam persiapan perkahwinannya.

"Ketika diserapkan ke AF9, saya terpaksa menangguhkan pengajian buat seketika dan selepas ini saya akan sambung semula sehingga tamat pengajian dalam jangka masa tiga tahun.
"Selepas itu barulah boleh kahwin. Alhamdulillah, saya sudah selangkah ke depan dalam memajukan karier nyanyian serta kehidupan saya," jelasnya ketika di temui oleh pihak media.
"Inilah kali pertama saya menerima sejumlah wang yang besar. Terlalu banyak perkara yang difikirkan. Selain menyimpan, mungkin saya akan menggunakannya berkaitan dengan kerjaya muzik saya," kata beliau terkejut dengan kemenangan yang dimiliki.
Hazama juga akan kekal dengan imej bercelaknya yang menyerupai Amy Search, Hazama juga gembira dengan singel terbarunya, Cinta Teragung yang mendapat komen positif oleh semua golongan.
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply