Pak Nil Jadi Hero


Baik & mulia sungguh Pak Nil atau nama sebenar Aznil Haji Nawawi. Kenapa? Ilah, kami mendapat maklumat bahawa beliau telah menyelamatkan nyawa seorang pendengar radio yang dikatakan ingin membunuh diri berikutan tertekan dengan gangguan along, malah beliau turut menjelaskan hutang lelaki tersebut. Semoga artis-artis lain turun mengikut jejak Pak Nil.

Tindakan pantas Aznil Nawawi bukan saja menyelamatkan nyawa seorang pendengar radio yang mahu membunuh diri, malah menyelesaikan masalah pinjaman lelaki terbabit yang diburu along sejak lapan bulan lalu. Kemuliaan hati Aznil terserlah apabila dia memberikan wang kepada mangsa untuk melunaskan hutang itu demi menyelamatkan nyawa lelaki terbabit.

Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun yang kini menganggur selepas berhenti kerja nekad membunuh diri kerana dia dan keluarganya sering diganggu along selepas meminjam wang sejak lapan bulan lalu. Akibat tidak tahan dengan ugutan along, mangsa yang tertekan mahu mengambil jalan mudah dengan meminum racun bagi menyelesaikan masalahnya itu.

Namun, lelaki terbabit mengirim SMS menerusi program Merisik Khabar, Riuh Pagi di stesen radio Era FM, kelmarin, dipercayai sebagai amanat terakhirnya kerana buntu selepas ahli keluarga enggan membantunya menyelesaikan masalah berkenaan. - Harian Metro
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply