Syamsul & Farid Kamil Bakal Di Saman !!

PEKIDA dilaporkan ingin menyaman dua pengarah filem yang baru di tayangkan iaitu Syamsul (KL Gangster) dan Farid Kamil (Kongsi) kerana telah mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan di dalam PEKIDA.Menerusi filem ini, rahsia yang di simpan oleh pertubuhan itu telah terbongkar. Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum mengulas perkara ini berkata ;
"Kami telah melihat filem Kongsi dan filem terbaru iaitu KL Gangster telah melampaui batas kerana menggunakan kata laluan dan kod rahsia PEKIDA. Mereka juga telah membuka banyak rahsia PEKIDA dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu itu sendiri."
Menurut rakan media kami, kedua-dua filem ini telah diluluskan tayangannya oleh pihak Finas sendiri. Harapan kami tiada permusuhan didalam perkana ini dan pihak-pihak yang berkaitan dapat menyelesaikannya dengan baik.
Tags: , , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply