Walaubagaimanapun dia tetap kekal dengan kumpulan OAG. Radhi juga semakin banyak perubahan termasuk tidak merokok dan tidak pernah meniggalkan solat.Radhi yang telah bercerai dengan isterinya, Shazlin Sharif pada Jun 2010 menghasilkan seorang anak Mohd Rifdhi Muslim, 6 yang kini tinggal bersama bekas isterinya. Semoga radhi tabah dengan dugaan yang akan dilaluinya setelah keluar dari Rumah Pengasih.
“Saya sudah tidak tinggal solat lagi dan setiap kali saya teringat tentang kisah silam, saya akan cepat menunaikan solat.Oh yer, jom tengok Radhi semasa di temubual Melodi sempena hari ibu yang lepas.
“Saya juga tidak menghisap rokok lagi. Ia juga sebagai persediaan untuk saya melakukan konsert ‘Radhi Back On Stage’ tidak lama lagi,” katanya.
“Seperti yang semua tahu, kumpulan OAG lebih kepada konsep remaja. Lagipun, saya bukannya remaja lagi.
“Untuk kumpulan baru ini, saya perlukan konsep yang berlainan dan lebih matang. Saya mungkin akan menghasilkan lagu alternatif yang lebih bercorak kerohanian seperti norma-norma hidup dan falsafah,” katanya.
0 comments