Rozita Che Wan Berguling-guling bersama Shahir

So sweet.. Menarik pasangan ini, kami terbaca disebuah akhbar hari ini meceritakan bibit-bibit percintaan Kak Ita idaman ramai nie dengan Adik Shahir sokmo molek dok guling-guling belakon pilem 'Cer Citer Cinta'. Nak tengok diorang dok guling-guling? kene langgan astro ler.. xder, tunggu jer kat youtube atau mana-mana web yang akan mengupload citer tersebut. Hehe.. meh tengok gambar diorg dok guling-guling.
 Jom temu bual Cik Kak Ita kite.
Bagaimana kerjasama Ita dengan Shahir dalam telefilem ini?
"Kami serasi digandingkan dalam telefilem ini. Cuma apabila tibanya babak-babak romantik, kami asyik nak tergelak saja.
"Bayangkan, salah satu babak ialah adegan berguling-guling dan kami terpaksa lakonkan banyak kali kerana tergelak sakan semasa penggambaran. Ye lah, rasa malu sangat berlakon begitu," 
Apa pendapat Ita dengan Shahir mengenai lakonannya dalam telefilem ini?
"Shahir merupakan seorang lelaki yang kelakar sebenarnya. Sepanjang penggambaran berlangsung saya asyik ketawa tak henti-henti kerana lawaknya.
"Tambah pula telefilem ini genre komedi romantik, riuh jadinya set penggambaran kami. Cuma ada sebuah adegan yang memerlukan Shahir mengaji, membuatkan saya ternganga sekejap kerana kagum dengan suaranya,"
Ramai mengatakan telefilem ini berada rating paling tinggi kerana gosip Ita dan Shahir, apa pendapat Ita?
"Entahlah, kalau hal rating ni, susah kita nak mengagak. Cuma saya harap, para penonton akan terhibur menyaksikan telefilem ini,"
oh yer, ini temubual Mstar, bukan kami yer.. hehehe..
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply