Abby Abadi Tidak Akan Hadir Pernikahan Norman & Memey

Artis sensasi, Abby Abadi yang pernah berkahwin dengan Norman Hakim pada 8 Januari 2002 dan telah di kurniakan 3 orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6 dan Maria Danisha Hakim,3 dan telah bercerai 18 Disember 2008, telah mengesahkan, beliau tidak akan hadir ke Majlis Pernikahan bekas suaminya dengan Memey Suhaiza yang akan diadakan pada 24 September 2011 di Felda Tenggaroh, Mersing Johor. Keputusan di buat berikutan, beliau tidak mahu merosakkan majlis dan hari bahagia mereka. Di tanya mengenai keputusan pembebasan bekas suaminya itu berkhalwat di Mahkamah Majistret Gombak Timur semalam, beliau enggan mengulas berikutan bekas suaminya itu tiada kena mengena dengan hidupnya lagi. Tambahnya lagi, keputusan itu tetap tidak akan mengubah aktivitinya seharian.Ditanya soal hubunganya dengan bekas suaminya itu selepas tuntutan wang hantaran RM11,111.11, menurut beliau, mereka hanya bertegur sapa dan membincangkan perihal anak sahaja. Bercakap mengenai hubunganya dengan Zul Arifin, beliau menegaskan, mereka masih belum merancang untuk berkahwin, walaupun pernah membincangkan soal tersebut. Berikut ulasan beliau ketika di temui media.
“Jujurnya saya tidak akan hadir pada majlis itu. Saya tidak mahu merosakkan hari bahagia mereka,”
"Itu adalah keputusan mahkamah. Jika mereka (Norman dan Memey) disabitkan bersalah, maka salahlah mereka dan jika keputusan berpihak pada mereka, maka mereka berada di pihak yang betul.
"Pada pendapat saya, sama ada saya beri komen atau tidak, Norman dan Memey tidak ada kena mengena pun dengan saya," 
"Jujurnya, apabila timbul pertikaian mengenai isu tersebut (hantaran), ia sedikit sebanyak menjejaskan karier lakonan saya. Dan ia dilihat seperti saya yang mahu memanaskan keadaan.
"Oleh itu, saya letak tanggungjawab tersebut kepada peguam saya yang rasanya lebih tahu tentang perkara ini.
"Saya belajar daripada pengalaman apabila kita cakap sesuatu yang benar, ia akan terkena kepada kita. Jadi cakap pun tak guna dan biarlah orang yang lebih arif sahaja yang uruskan,"
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply