"Tidak Akan Berdendam Dengan Sesiapa" - Norman Hakim

Pelakon, Norman Hakim,35 seperti yang di ketahui umum, beliau dibebaskan bersama tunagnya Memey Suhaiza,23 dari tuduhan berkhalwat pada 3 tahun yang lalu, beliau juga tidak pernah menyangka akan menangis apabila mengetahui dirinya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu. Bekas suami kepada Abby Abdi ini menyifatkan, ia adalah dugaan buat dirinya dan tunangnya. Beliau juga, menyatakan, beliau tdak akan berdendam dengan sesiapa, kerana setiap kali rasa dendam itu hadir, dia menyedekahkan Al-Fatihah kepada orang tersebut selepas mendapat saranan dari seorang ustaz. Manakala, Memey berkata beliau menyifatkan, keputusan itu merupakan 'hadiah perkahwinan' mereka yang akan berlangsung pada 24 September ini di Felda Tenggaroh, Mersing, Johor. Mereka juga sudah bersedia untuk menempuh kehidupan sebagai suami isteri. Berikut ulasan Norman ketika di temui.


"Saya tidak pernah menjangkakan akan berada dalam keadaan yang sangat emosional sebegini," 
"Alhamdulillah dengan didikan orang tua, saya boleh menerima semua dugaan dan cubaan. Ini hanya satu fasa dalam kehidupan saya.
"Saya juga tidak akan berdendam dengan sesiapa dalam kes ini, malah saya reda jika ada orang yang dengki dengan saya,"
"Ini semua berkat kesabaran dan doa kedua-dua belah keluarga. Syukur, sekarang bila saya mahu kahwin, rezeki datang dan segala perkara dimudahkan sampai ada pihak yang mahu menaja sehingga RM12 juta," katanya sebak.
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply