Almy Nadia Patah Jari Kaki

Kenal tak artis ini? apa pulak tak kenalnya kan, pelakon yang sering berlakon dalam drama-drama di TV3. Dan paling kami tak boleh lupakan ketika beliau berlakon menjadi orang berkulit hitam legam dalam cerita Senandung Si Dayang yang pernah di siarkan di TV3 dan TV9. Kali ini, lain pulak ceritanya, ini benar-benar terjadi pada dirinya baru-baru ini, Almy Nadia Aminuddin Shah, 25, atau Almy cedera pada jari manis kaki kanannya yang patah akibat tersadung pada pintu di rumah keluarganya di Pulau Pinang, pada 16 Julai 2011 iaitu pada Sabtu lalu. Pada mulanya, beliau rasakan ianya hanya terseliuh sehinggalah kakinya membengkak, barulah beliau membuat pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan jari kakinya telah patah dan kerana lambat membuat rawatan, seluruh bahagian kaki kanannya mengalami jangkitan. Walaupun begitu beliau tetap berlakon seperti biasa, namun terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan. Berikut ulasan beliau mengenai kecedraannya dan mengenai status hubunganya dengan Fizz, ketika di temui.

"Saya sendiri pun tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku. Kaki saya hanya tersadung pada pintu dan saya sangka ia hanya terseliuh.
"Saya hanya pergi ke klinik dan malas hendak ke hospital untuk membuat pemeriksaan x-ray walaupun telah disuruh oleh orang tua saya.
"Malah, selepas kejadian itu, saya masih boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti keluar makan dengan keluarga, memandu kereta dan beli barang,"
"Bayangkanlah, selepas insiden itu, saya boleh pulang ke Kuala Lumpur dan sambung berlakon seperti biasa walaupun kaki saya terasa sakit.
"Pada Selasa lalu, kecederaan bertambah serius apabila kaki yang bengkak itu terlanggar pula kerusi sehingga memaksa saya melakukan pemeriksaan x-ray di hospital yang kebetulan berdekatan dengan lokasi penggambaran drama.
"Selepas pemeriksaan, doktor sahkan jari kaki saya memang patah. Kecederaan itu sudah melarat ke seluruh bahagian kaki sehingga mengakibatkan jangkitan pula,"
"Sakitnya memang Tuhan saja yang tahu tetapi saya tidak mahu bercuti panjang kerana ia akan menjejaskan jadual penggambaran drama itu.
"Esok atau lusa saya akan kembali ke lokasi penggambaran semula walaupun kaki berbalut dengan simen dan berjalan dengan menggunakan tongkat,"
 "Saya tidak mahu komen apa-apa kerana tidak mahu membesar-besarkan hal itu. Hakikatnya, hanya kami saja tahu cerita sebenar.
"Memang hubungan kami renggang sekarang dan jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan komitmen kerja. Namun, kami masih berhubung dan tidak sampai ke tahap putus."
"Saya malas hendak fikir sebab itu saya tak kuasa hendak beri apa-apa komen ketika pihak media mencari saya berkenaan cerita Fizz bermain kayu tiga dan sebagainya.
"Saya tidak mahu dianggap artis yang bodoh kerana sibuk bercerita dan terbabit dalam kancah kontroversi yang tidak memberikan manfaat.
"Tidak semua cerita kita boleh kongsi kepada umum, biarlah saya saja yang tahu,"
Note:
Kami tabik pada Almy, beliau seorang yang rajin dan berdisiplin. Malah pandai membahagikan soal peribadi dan kerja. Beliau juga, seorang yang cool.. hehe..

Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply