Keputusan Malaysia vs Chelsea 2011

Maaf, kami langsung tidak membuat sebarang promosi untuk mengajak anda melihat perlawanan antara Malaysia dan Chelsea sempena perlawanan persahabatan yang di adakan oleh Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL). Namun, kami tahu yang anda semua pasti sudah awal-awal bersedia untuk melihat perlawanan tersebut. Bagus! bagus! itulah semangat yang kami mahukan. Walaupun Malaysia tewas 1-0 dengan Chelsea yang merupakan kelab gergasi EPL itu, bagi kami ia satu kebanggaan, dimana kelab tersebut sememangnya adalah kelab yang terbaik di dunia, malah sentiasa berada di posisi 1-5 carta EPL, jadi kemenagan tipis mereka 1-0 itu, membuktikan Malaysia masih boleh diharap untuk pergi lebih jauh lagi. Sebelum Chelsea juga, Malaysia telah membuktikan, yang mereka boleh membolosi gawang pasukan Liverpool. Jangan di bandingkan perlawanan antara Arsenal & Malaysia, mungkin ketewasan mereka 4-0 dengan Arsenal adalah satu permulaan untuk mereka mengenali rentak permainan Kelab-kelab gergasi di Dunia. Jadi di sini, keputusan penuh Malaysia (0) vs Chelsea (1) adalah perkara yang perlu kita banggakan. Berikut, beberapa sedutan dari YouTube ketika perlawanan Malaysia dan Chelsea.
Gol Chelsea di jaringkan penyerangnya Didier Drogbar pada minit ke-78 melalui sepakan percuma yang dibantah oleh pemain Malaysia kerana didakwa bola tersebut  tidak melepasi garisan gol. Namun, pengadil, Subkhiddin Mohd Salleh mengesahkan jaringan tersebut.





Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply