Anak Yusof Haslam Tangguh Belajar kerana Filem 'S.A.M.'

Ingat lagi pada entri kami berkaitan Lisa Surihani dan Shaheizy Sam Dijual Oleh David Teo?? Kalau tak ingat, pegi baca entri tersebut. Syafiq Yusof, 18, anak bongsu kepada Datuk Yusof Haslam ini terpaksa menangguhkan pengajiannya di Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU) kerana ingin mengarah filem Saya Amat Mencintaimu (SAM). Beliau akan berehat selama 2 semester dan menumpukan perhatiannya dengan projek baru beliau. Nampsknys, Syafiq Yusof perlu memanfaatkan sepenuhnya pembelian 2 artis popular iaitu Lisa Surihani dan Shaheizy Sam oleh bapanya selaku penerbit Skop Production Sdn Bhd dalam filem tersebut. Rakan media kami sempat pergi ke sidang media pelancaran filem SAM, di Dataran Karyawan, Finas, di sini, Isnin yang di hadiri semua kru-kru yang terbabit dalam filem berkenaan termasuk pelakon Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Azad Jazmin, Neelofa, Nasir Bilal Khan, Lydiawati, Harun Salim Bachik, Mubarak Majid dan Fimie Don dan penerbit Datuk Yusof Haslam. Bakal memulakan penggambaran pada 8 Julai ini di sekitar Lembah Klang dan dijangka ditayangkan pada 2012. Berikut ulasan beliau, gambar semasa sidang media semalam serta sinopsis filem tersebut.

"Saya tangguhkan dua semester kerana ingin memberi tumpuan kepada filem ini, Ia merupakan filem pertama dan saya mahu berikan yang terbaik.
"Pada awalnya, memang saya merancang untuk tamatkan pengajian terlebih dahulu dan selepas itu barulah fokus pada bidang ini, tapi peluang tu datang dalam waktu yang singkat.
"Lagi pula bukan senang untuk dapat kepercayaan daripada ayah saya," 
"Saya sudah dibesarkan dalam keluarga yang bercakap tentang filem setiap hari, saya selalu mengikut setiap pembikinan drama atau filem yang dibuat oleh ayah dan abang.
"Ayah juga telah beri peluang saya untuk mengarahkan drama “Gerak Khas” untuk tiga episod awal tahun lalu,"
"Abang saya akan turut berlakon dalam filem ini, memang kalau boleh saya mahu dia berada bersama saya dan membantu mengarahkan filem ini,"
"Saya suka filem aksi komedi dan artistik dan kurang menggemari filem cinta tapi saya anggap ini adalah cabaran,"
Sinopsis Filem Saya Amat Mencintaimu :
Mengisahkan tentang Sam, seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat percetakan. Sam bercinta dengan seorang gadis bernama Lisa yang juga rakan sekerjanya. Pelbagai peristiwa manis dan lucu berlaku dalam kisah cinta mereka.
Konflik bermula apabila Lisa sering diganggu oleh Haikal yang menimbulkan pergaduhan di antara Sam dan Haikal. Dalam masa yang sama, seorang lelaki kacak (Jefri) juga menaruh hati pada Lisa.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply