Nora Danish Hantar Anak Belajar Tahfiz

Nora Danish, 29 yang mempunyai anak seorang anak lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram atau Rayqal, 3 atas hasil hubunganya bersama Toh Muda Rizal Ashram Ramli  atau Jejai telah merancangkan sesuatu yang sememangnya semua ibubapa mahukan iaitu menerapkan anaknya seawal usia 4 tahun dengan mempelajari ilmu agama di Pusat Pengajian Tahfiz.Berlainan pula bekas suaminya yang ingin menghantar anaknya ke kelas sukan berkuda Polo. Kalau anda ingin support Nora Danish yang comel molek ini saksikan Khurafat The Series yang bakal ditayangkan di Astro Ria (saluran 104) setiap Selasa jam 10 malam bermula 12 Julai 2011 ini. Jom tengok ulasan Nora mengenai pengaturan hidup anaknya pada masa hadapan.
"Semua ibu mahu yang terbaik buat anaknya, begitu juga saya. Jadi, dah banyak perkara saya aturkan supaya Rayqal membesar dengan didikan agama yang kuat. Lagipun sejak mengandungkannya saya memang suka membaca buku-buku agama.
"Jadi, saya dah mula merancang suapaya pada usia dia 4 tahun ini, saya mahu mengantarnya ke kelas mengaji dan belajar tahfiz al-Quran. Saya mahu dia menjadi seorang yang bijak di samping mempunyai pengetahuan agama yang mendalam dalam dirinya.
"Mana taknya, sebagai seorang ibu saya risau dengan masalah gejala sosial yang berlaku dan berharap Rayqal dapat menempuhnya dengan bijak setelah diterapkan ilmu agama. Bila difikri-fikirkan balik susah betul nak jadi ibu ni kerana asyik memikirkan tentang masa hadapan anak,"
"Saya tahu, sebagai bapa, Jejai juga mahu mengaturkan sesuatu untuk anaknya. Apa yang saya tahu dia juga mahu mengahantar Rayqal ke kelas sukan berkuda PoLo bila usianya sudah cukup nanti.
"Saya tidak menghalang jika itu kemahuannya. Tapi, saya mahu anak saya dihantar untuk belajar tahfiz al-Quran terlebih dahulu. Saya mahu utamakan pelajaran agamanya sebelum anak saya belajar perkara lain.
"Lagipun, saya tak mahu menghalang kerana Rayqal sudah mula menunjukkan minatnya kepada sukan berkuda selepas bapanya sendiri selalu membawanya mengikut sukan berkenaan sebelum ini,"
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply