Sufian Mohamed Sukar Bertentang Mata dengan Zahiril Adzim

Sufian Mohamed, 25 mengatakan yang beliau sukar menetap wajah Zahiril Adzim apatah lagi bertentang mata dengan Zahiril. Itu yang kami tahu ketika beliau menyatakan adegan yang perlu dilalui untuk menjadikan suasana romantis dalam filem Tolong! Awek Aku Pontianak. Tambahnya lagi, dia dan Zahiril adalah sahabat baik di luar pengambaran malah peranga 'gila-gila' mereka membuat mereka ketawa semasa melakukan babak terbabit dan terpaksa mengambil masa untuk membuang perasan tersebut. Namun begitu, beliau amat seronok bergandingan dengan sahabat baiknya itu dan merasakan keserasian antara mereka. Beliau juga pernah membintangi filem Merong Mahawangsa dan Misteri Jalan Lama dengan aksi lagak ngerinya. Beliau juga lebih suka tidak terlalu menonjol. Beliau berasal dari Mersing, Johor dan sedang serius dalam perniagaan perkhidmatan, pengurusan acara dan fotografi serta bekerja sebagai pembantu peribadi Zahiril Adzim. Beliau juga memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan dari Kolej Lagenda, Negeri Sembilan dan pernah berkhidmat sebagai jurutera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Tapi ianya hanya bertahan 2 bulan kerana beliau tiada hati untuk meneruskan kerjaya tersebut sedangkan itulah cita-cita itu sejak kecil. Berikut ulasan beliau.
“Semasa menjayakan babak berkenaan, saya dan Zahiril perlu bertentang mata dan berbual dalam nada romantik, kami asyik tergelak kerana sudah biasa bersikap ‘gila-gila’ dan spontan.
“Selepas itu, kami terpaksa membuang perasaan malu dan geli hati untuk menjayakan babak itu,”
“Sebelum ini, saya pernah berlakon dalam filem lain arahan James Lee iaitu “Sini Ada Hantu”. Setelah dia melihat keserasian saya dan Zahiril yang agak gila-gila, James menawarkan kami untuk berlakon dalam filem “Tolong! Awek Aku Pontianak,” 
“Setiap perkara yang saya lakukan dalam industri seni ini bukan disebabkan untuk mendapat nama sebaliknya kerana kerja.
“Saya tidak nafikan, Zahiril merupakan antara orang yang banyak memberikan motivasi dan sokongan dalam setiap kerja yang saya lakukan,”



Menggegar Pawagam 7 Julai 2011
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply