Gambar Majlis Resepsi Kedua Tomok & Ayu

Tomok dan Ayu telah melangsungkan pernikahanya pada 1 Julai 2011 lalu di Taman Keramat, Kuala Lumpur. Majlis resepsi sebelah perempuan juga dibuat disana pada 2 Julai 2011. Semalam, 7 Julai 2011 jam 8.00 malam, mereka sekali lagi diraikan dalam majlis resepsi bersama media dan rakan-rakannya di Saloma Bistro, Jalan Ampang. Majlis bertemakan adat tradisi jawa dengan pilihan warna kuning keemasaan dan biru. Kami juga mendengar ura-ura dari beberapa pihak mengatakan, majlis resepsi beliau mendapat tajaan dari pelbagai pihak. Bagaimanapun, abang ipar Tomok, Zul 2by2 menafikan bahawa bukan semuanya mendapat tajaan.Malah Tomok berbelanja hampir RM70,00 untuk majlis malam itu, tidak termasuk majlis pernikahanya yang lalu. Berikut sedikit ulasan dari Zul 2by2 dan ucapan Tomok serta gambar di Majlis tersebut.
Zul 2by2
"Syukur Alhamdulillah, majlis yang berlangsung malam ini berjalan lancar. Saya mewakili pihak keluarga merasa terharu di atas kedatangan rakan media, artis dan VIP yang hadir .Terus-terang, majlis resepsi ini tidak semuanya mendapat penajaan.
"Jika saya tidak silap, Tomok mendapat penajaan dari segi pakaian, video dan fotografi saja. Yang lainnya, Tomok telah menggunakan duit dia sendiri. Mengikut perkiraan saya, Tomok telah membelanjakan RM70,000 untuk majlis malam ini. Ia tidak termasuk majlis pernikahan pada 1 Julai lalu dan majlis persandingan di rumah Tomok pada 9 Julai depan,"
Tomok
 "Terima kasih kepada semua sekali kerana sudi hadir majlis perkahwinan saya. Saya dan isteri berharap semuanya berjalan dengan lancar. Untuk tidak mengecewakan semua, saya mendendangkan lagu Bagaikan Bidadari yang mana lagu ini dicipta khas untuk isteri,"

Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply