Gambar Noh Hujan dan Mizz Nina Majlis Resepsi Media dan Rakan

Noh dan Mizz Nina selamat di nikahkan minggu lepas pada 1 julai 2011. Kemudian di raikan pula dengan Majlis Resepsi pertamanya di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Pada 6hb Julai 2011 bermula jam 7.30 malam, mereka sekali lagi diraikan di majlis resepsi berkonsep Jepun bersama pihak media dan rakan-rakannya di Hotel Doubletree Kuala Lumpur. Pakaian Noh dan Mizz Nina pada malam tersebut berwarna krim keemasan dengan gabungan ciri-ciri budaya Melayu dan Jepun direka khas oleh Micheal Ong. Ramai tetamu VIP dan rakan artis yang hadir pada malam itu. Kami juga di fahamkan, mereka akan berbulan madu di United Kingdom (UK) dan Rome pada 17 Julai depan. Pada majlis itu juga, Noh menyatakan rasa bersalahnya kerana mengaaikan kumpulan hujan akhir-akhir ini. Berikut ulasan mereka dan gambar majlis resepsi tersebut.

Ulasan Mizz Nina
"Kami merancang untuk ke United Kingdom dan Rome selama dua minggu dan akan bertolak pada 17 Julai ini iaitu selepas selesai majlis persandingan di Miri, Sarawak.
"Kedua-dua tempat itu merupakan destinasi yang memang saya impikan untuk pergi berdua berbulan madu," 
"Kami berdua memang meminati dunia kepada muzik, kartun animasi dan budaya masyarakat Jepun. Lagi pula moyang saya juga berketurunan Jepun,"
Ulasan Noh

"Saya gembira kerana semuanya berjalan lancar dan saya kini saya sudah mempunyai komitmen serta tanggungjawab baru yang perlu dipikul.
"Bapa mertua saya ada meninggalkan pesanan agar menjaga Nina dengan baik dan mereka menyokong kerjaya kami dari belakang," 
"Saya rasa bersalah kerana banyak masa dihabiskan dengan persiapan dan terpaksa mengabaikan mereka seketika. Nasib baik juga mereka memahami situasi ini.
"Insya-Allah selepas semuanya selesai dan selepas pulang dari berbulan madu saya akan fokus kepada album baru kami,"



Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply