Gambar Memey & Norman di Sidang Media, Penajaan Resepsi Mereka

Mesti ramai yang tertanya, mana satu yang betul tentang nilai sebenar tajaan perkahwinan mereka ini? Ok, di sini kami ingin mengupdate nilai sebenar tajaan untuk mejlis Resepsi kedua bagi Norman Hakim & Memey Suhaiza yang akan diadakan pada 28 September 2011 di Hotel Crown Plaza Mutiar. Sebelum ini kami ada menyatakan nilai tajaan mereka dari Rafflesia dan Prof. Datuk Jimmy Choo sahaja bernilai RM7.2 juta. Kini setelah dikira, jumlah keseluruhan termasuk tukang jahit gaun bertatah mutiara Lords Tailor, (jurugambar) Snips, (solekan dan kecantikan Angsana) Spa, (tempat majlis) Crown Plaza dan (pereka pelamin dan dewan) Naz, telah membuatkan jumlah keseluruhan bernilai RM12 juta. Wah! hebatkan, itulah penerangan yang diberi oleh wakil Rafflesia selaku perancang perkahwinan mereka, Bill Bora. Tema untuk majlis resepsi kedua mereka ialah New York Look dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang termasuk media dan selebriti antarabangsa. Ia mungkin akan menjadikan mereka sebagai Wedding of The Year untuk 2011 ini. Mereka akan bernikah pada 24 September 2011 di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor dan pada 25 September 2011, merupakan majlis resepsi pertama di rumah pihak perempuan. Norman dan Memey tidak menyagka mereka akan ditaja untuk majlis resepsi kedua yang merka tidak terfikir untuk membuatnya. Bagaimanapun mereka menganggap ia sebagai perkahwinan untuk memperomosikan barangan penaja perkahwinan mereka sahaja. Norman juga akan menjemput bekas isterinya, Abby Abadi, dan tiga orang anak mereka Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim, 9, dan Maria Danisha Hakim,3. Berikut ulasan dan gambar Bill Bora, Norman dan Memey sewaktu sidang media kelmarin.
Ulasan Bill Bora
"Memey akan memakai sebanyak dua persalinan baju dan antara tajaan yang diterima ialah, set barangan kemas yang bernilai RM5.6 juta, gaun bertatahkan mutiara Rafflesia bernilai RM1 juta dan kasut rekaan Jimmy Choo (RM600 ribu).
"Bagi persalinan gaun, kami memberi peluang kepada semua pereka fesyen tempatan untuk menghantar rekaan masing-masing dan pihak Rafflesia akan memilih yang terbaik di mana rekaan tersebut mestilah berpadanan dengan mutiara yang dipadankan itu," 
Ulasan Norman
"Sebenarnya kami rasa sangat kerdil apabila menerima tajaan daripada pihak yang bukannya calang-calang orang. Maklumlah, siapalah kami jika dibandingkan dengan selebriti tersohor yang lain.
"Rasa seperti berada di alam fantasi pun ada juga. Tetapi saya anggap tajaan berkenaan adalah rezeki kami dan saya percaya sepanjang kontroversi yang kami lalui sebelum ini ada hikmahnya,"
"Sudah pasti saya akan menjemput Abby. Lagipun, dia sudah pun menghantar ucapan tahniah menerusi sistem pesanan ringkas (SMS)," katanya.

Tags: , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply