Gambar Siti Saleha a.k.a. Nora Elena

Kami ada sedikit sebanyak koleksi gambar Siti Saleha a.k.a. Nora Elena yang di gemari kebanyakan lelaki dan peminat drama Nora Elena. Sebelum ini, kami ada memaparkan gambar bersosial beliau yang tersebar di internet juga kenyataan beliau mengenai isu gambar terbabit. Kini beliau menyatakan sekali lagi pada media mengenai isu tersebut. Terus terang, kami katakan, sifat profesional beliau mungkin akan membawa beliau lebih jauh dalam industri seni di Malaysia ini. Berikut ulasan dan koleksi gambar beliau.
"Gambar itu dirakamkan ketika majlis perkahwinan kawan baik saya di Kuala Lumpur dua tahun lalu. Ketika itu, saya belum bergelar pelakon lagi. Ibu turut berada dalam satu daripada foto yang tersebar itu. Saya rasa dianiaya apabila gambar tersebar ketika nama saya mula meniti di bibir peminat dan drama Nora Elena mendapat rating tinggi ketika disiarkan di kaca TV3. Ia seolah-olah cubaan mahu menjatuhkan nama baik saya. Ramai menuding jari mengatakan saya suka bersosial dan hidup bebas. Bagaimanapun, saya reda mungkin inilah bayaran yang diterima apabila memilih menjadi pelakon. Selepas ini, saya harus berhati-hati dalam apa juga tindakan. Saya masih terlalu mentah untuk memahaminya, tetapi saya tidak mahu diseret dengan kontroversi berpanjangan. Saya akan sentiasa belajar daripada kesilapan."
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply