Gambar & Video Keputusan Akhir Mari Menari Musim Ke-2

Pasangan Sarah yang mempersembahkan tarian lagu Dhol Baje (Bollywood) dan Papa Americano (Latin) dengan secara rasminya, telah menjuarai Pogram Tarian Mari Menari musim ke-2 yang berlangsung di Studio 1, Astro 17 Julai 2011. Pasangan dari sabah itu, iaitu Sarah Diana Michele Durai, 32, dan adiknya Shazrul Hudson Ashley Durai, 18, itu mendapat 56 peratus undian menewaskan Pasangan Nita yang memperolehi 44 peratus, yang sekali gus menjadi Naib Juara dalam pogram tersebut. Pasangan Nita yang diwakili oleh Umar Ali Jening, 20, dan Norny Yusnita Jening, 22, tampil dengan tarian lagu Jalwa (Bollywood) dan La Bomba (Latin). Mereka berentap dalam tugasan ketiga menerusi lagu KRU, Mahaguru untuk tema Battle (Fusion Dance). Sarah membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000, pakej percutian empat hari tiga malam di Hard Rock Bali, pakej penerbangan tajaan Mustwin Sdn Bhd dan trofi. Nita pula mendapat pakej percutian empat hari tiga malam di Hard Rock Bali, pakej penerbangan tajaan Mustwin Sdn Bhd dan trofi. Manakala pada aksi separuh akhir malam Sabtu, pasangan Mizi (tempat ketiga) dan Faiz (keempat) masing-masing menerima hadiah pakej percutian empat hari tiga malam di Hard Rock Bali, penerbangan tajaan Mustwin Sdn Bhd dan trofi. Berikut ulasan, gambar dan video mereka malam tadi.
"Kami sangat gembira dan tidak sangka akan menang walaupun mendapat saingan sengit daripada pasangan Nita yang sememangnya bagus.
"Terima kasih kepada pihak Astro di atas peluang, para pengundi dan kritikan juri yang sangat membantu sehingga kami bergelar juara,"










Tags: , , , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply