Yasmin & Shahrin akan berkahwin Oktober ini

Tepat jangkaan kami, Yasmin Hani, 32, akan menamatkan zaman bujangnya dengan bekas pemain dram Black Rose, Shahrin Razali yang juga bekas suami kepada Ida Nerina. Mereka akan di satukan pada penghujung Oktober 2011. Majlis akan diadakan di Duchess Place, Jalan Ampang dan dibuat secara kecil-kecilan dan untuk ahli keluarga terdekat sahaja. Berikut ulasan beliau ketika di temui semalam.

"Saya akan berkahwin pada penghujung tahun ini iaitu pada bulan Oktober dan majlis tersebut akan diadakan secara kecil kecilan yang akan dihadiri oleh rakan terdekat dan ahli keluarga.
"Segala persiapan perkahwinan, Insya-Allah sudah siap dan hanya tinggal beberapa perkara tentang peraturan perkahwinan yang masih belum selesai,
"Saya hanya ingin melakukan yang wajib sahaja, majlis pernikahan dan perkahwinan akan diadakan pada hari yang sama di Duchess Place, Jalan Ampang,"
"Saya rasa usia sekarang adalah paling tepat kerana masing-masing sudah stabil dari segi ekonomi, sudah mampu untuk berfikir dengan matang dan mempunyai kepercayaan yang tinggi antara satu sama lain.
"Lagi pula hati saya sudah pun bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan menjalani kehidupan berkeluarga,"
"Dia seorang yang susah untuk difahami, kadang-kadang keluarga dia sendiri tidak tahu perangai dia.
"Kami banyak berkongsi minat yang sama seperti muzik dan laut, manakala banyak sifat-sifat kami yang saling melengkapi,"
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply