Norman dan Memey Bebas Tuduhan Khalwat

Kami dapat berita dari akhabr Berita Harian sebentar tadi, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, telah melepaskan dan membebaskan dua orang artis, iaitu, Norman Hakim dan Memey Suhaiza daripada tuduhan berkhalwat yang dilakukan sejak tiga tahun lalu, pada 9.00 pagi ini. Keputusan tersebut diputuskan oleh Hakim Syarie, Salehan Yatim. Norman atau nama sebenar Mohamed Norhakim Zaidon, 35, dan Memey atau nama sebenar Suhaizah Suhaimi, 23, telah didakwa melakukan khalwat di pejabat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, jam 3 pagi, 30 Oktober 2008 yang lalu, Masing-masing didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan Seksyen 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali, sekira di dapati bersalah. Norman dan Memey menangis, sebaik sahaja keputusan dibacakan. Norman juga sempat menunaikan solat sujud syukur sebelum di temu media. Hakim memutuskan kenyataan tersebut kerana pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan bahawa Norman dan Memey berada bersama dalam premis terbabit. Norman dan Memey diwakili oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan pada hari penhakiman tersebut. Berikut ulasan memey dan norman di Facebook dan di media, juga ulasan hakim, Salehan Yatim.
Ulasan Norman
"Alhamdulillah, saya tidak mampu untuk berkata-kata. Tiga tahun kami berdepan dengan situasi ini dan hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang kami rasakan,"
Ulasan Memey
"Ini adalah berita yang sangat gembira buat saya di saat-saat saya mahu mendirikan rumah tangga. Segala dugaan yang saya hadapi telah berakhir,"
Ulasan Hakim
"Saksi-saksi pendakwaan yang terdiri daripada pegawai penguat kuasa agama konsisten bahawa hanya tertuduh wanita (Memey) berada di dalam premis tersebut manakala tertuduh lelaki (Norman) berada di premis 4-2A, iaitu bersebelahan," 
"Sayangnya, pihak pendakwaan tidak pula membuat permohonan untuk mencabar kebolehpercayaan SP4 yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan tertuduh lelaki, malah bekerja dengannya, ujar Salehan.
"Tindakan SP6 boleh menimbulkan tohmahan kepada tertuduh dan ia juga bersifat subjudis, kerana kes tersebut terlebih dahulu dibicarakan oleh media,"
Semua ini berlaku atas ketentuan Allah S.W.T. dan diselangi rasa rendah diri Abby Abadi yang telah memaafkan mereka berdua, tempoh hari.
Gambar, sebaik sahaja mereka terlepas dari tuduhan khalwat di Mahkamah Gombak Timur

Tags: , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply