Nora Danish Ucap Terima Kasih Pada Khairul Fahmi

Tadi, kami dengar dari blog-blog media, mengatakan, Nora Danish hadir ke perlawanan Malaysia menentang Singapura yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Walaupun Malaysia kalah dengan kumpulan mata penuh 6 - 4, namun, pelakon comel molek ini, tetap memberikan ucapan yang membuatkan penjaga goal Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, tak tido malam di buatnya. Ucapan yang ringkas di status twitter Nora Danish yang berbunyi "TQ Fahmi" itu, mungkin akan memberi seribu makna kepada penjaga goal kebangsaan kita. Mana tidaknya, Khairul Fahmi telah berjaya menyelamatkan beberapa percubaan pihak lawan untuk membolosi gawang jagaannya. Walaupun, beliau dilanda kontroversi dan masalah peribadi, beliau tetap bersikap profesional di padang. Mungkin kerana itu, beliau menjadi tarikan ramai, termasuk pelakon Ana LuLu itu. Walaupun pasukan Malaysia kalah dengan agregate 6 - 4, permainan yang di tonjolkan pada malam tadi, amat membanggakan 85,000 penyokong di Malaysia yang berbilang bangsa. Tahniah Malaysia! Tahniah Khairul Fahmi!

Tags: , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply