Penyiaran Kulit Album Nirwana Di sekat Facebook

Ok, jika sesiapa yang ingin memaparkan kulit album Nevermind tahun 1991 yang dicipta oleh kumpulan rock terkenal Nirvana, hentikan niat anda. Ini kerana, pihak Facebook telah memberi amaran terlebih dahulu berkaitan gambar bogel seorang bayi bernama Spencer Elden di kulit album tersebut, adalah tidak dibenarkan sama sekali di muaturun di laman Facebook. Seperti dipetik dari Femalefirst, gambar bogel seorang bayi yang berenang mendapatkan wang dikatakan melanggar nilai-nilai murni masyarakat. Ini juga kerana, gambar tersebut melanggar syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh laman sosial tersebut. Walaupun begitu, Spencer Elden iaitu bayi pada gambar tersebut pada 20 tahun lalu tidak membantah gambar berkenaan disiarkan di laman sosial berkenaan malah dia mengakui selesa apabila lebih ramai yang melihatnya. Berikut ulasan jurucakap selaku pengendali laman Facebook.
"Facebook tidak membenarkan gambar yang menyerang individu atau kelompok, atau gambar bogel, penggunaan dadah, berbentuk kekerasan atau pelanggaran ke atas beberapa syarat lain.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply