Ziana Zain Di Kritik Jehan & Freddie

Baru-baru nie, Kak Ziana kita ada membuat kenyataan, mengatakan bahawa, pertubuhan dan persatuan untuk artis itu tidak perlu wujud kerana tiada apa-apa fungsi. Oleh disebabkan kenyataan berani beliau itu, pihak Ahli Jawatankuasa dan selaku Ketua Biro Perundangan, Pemantauan dan Aduan, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), iaitu Jehan Miskin dengan tegas, mengatakan dakwaan Kak Ziana itu adalah kenyataan yang tidak berasas. Tambah Jehan lagi, semua pihak tidak sewajarnya mempersoalkan peranan setiap pertubuhan atau persatuan, kerana mereka mempunyai objektif tertentu malah memerlukan sokongan pihak-pihak berkaitan. Selain Jehan Miskin, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez juga membidas kenyataan Kak Ziana dan beliau menganggap ia adalah pandangan peribadi yang keterlaluan. Tambah beliau, Kak Ziana seharusnya memikirkan tentang artis dan selebriti lain yang tidak sepertinya (popular) dan jangan berfikiran untuk kepentingan peribadi sahaja. Katanya lagi, sungguhpun usaha yang dilakukan setiap pertubuhan dan persatuan tidak nampak oleh masyarakat, namun sedikit sebanyak telah membantu para artis  dan selebriti memerlukan. Dan kerana tanggapan serta persepsi orang seperti ini, boleh mempengaruhi orang lain. Berikut ulasan mereka.

Jehan Miskin
"Saya akui memang agak sukar sesebuah persatuan artis itu untuk beri bantuan terutamanya dari segi kewangan kerana dana yang ada bukan besar tapi sekurang-kurangnya kami mencuba.
"Kenyataan tentang penubuhan sesebuah persatuan itu tidak berfaedah dan buang masa adalah tidak tepat sama sekali. Kami sentiasa berusaha untuk mencari jalan membantu golongan artis biarpun sekadar yang kami mampu,"
"Kita tidak boleh mengatakan dia (Ziana) salah kerana itu adalah pendapat dia tapi bagi saya penubuhan sesebuah persatuan mampu mengeratkan hubungan sesama artis melalui aktiviti yang dianjurkan.
"Pernah kami pergi ke rumah seorang artis veteran untuk memberi sebuah kerusi roda sahaja tetapi dia sangat menghargai sumbangan tersebut sehinggakan kami semua mengalirkan air mata,"
Datuk Freddie Fernandez
"Itu adalah pandangan peribadi dia, mungkin kerana dia tidak mengalami sebarang masalah atau memerlukan bantuan daripada mana-mana persatuan sepanjang bergelar artis.
"Memang saya lihat segelintir artis yang bertaraf tinggi seperti dia tidak menghiraukan tentang kegiatan persatuan. Itu adalah hak mereka tapi mereka tidak seharusnya membuat kenyataan keterlaluan dan meminta persatuan dibubarkan,"
"Kami tahu ramai yang tidak sedar tentang apa yang telah kami lakukan tapi sebenarnya kesan usaha kami dilihat dalam jangka masa panjang.
"Contohnya memperjuangkan royalti artis, mengurangkan pemutaran lagu-lagu Indonesia di stesen-stesen radio dan memberi bantuan kewangan kepada artis-artis yang memerlukan," 
"Persatuan wujud sebagai orang tengah dan tempat untuk artis bergantung, jika dia tidak memerlukan bantuan persatuan masih ada artis lain yang menyokong kami,"



Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply