Fedtri Yahya Sedih, Isteri Keguguran

Khabarnya, Ahmad Fedtri Yahya, 30 selaku pengacara MHI dan juga rancangan Dari Masjid Ke Masjid itu sedih kerana isterinya Nur Anati Ismail, 26 mengalami keguguran pada 26 Julai 2011 lalu. Beliau juga khabarnya sering balik kerumah beberapa kali sehari ketika bekerja kerana ingin menjeguk dan memasak untuk isterinya berikut ingin memberi sepenuh perhatian kepada isterinya yang sedih kerana kandungannya yang sudah berusia 35 hari itu tidak dapat diselamatkan. Fedtri juga khabarnya seronok menjaga isteri, berikutan rumahnya juga tidak jauh dari Seri Pentas, malah akhir-akhir ini, kasih sayangnya dan isteri semakin erat setelah membina rumah tangga sejak 28 Mei 2011 yang lepas. Berikut antara cerita beliau semasa di temui media.

"Isteri saya keguguran tidak lama selepas kami balik bercuti dari Korea pada 18 Julai 2011 lalu. Sebelum ke Korea kami ada buat pemeriksaan selepas isteri rasa mual-mual tetapi doctor sahkan dia belum hamil. Tahu-tahu balik sahaja beberapa hari selepas itu dia bleeding dengan teruk.
"Jadi saya perlu menjaga hatinya dan juga dirinya yang kini terpaksa berpantang seperti orang baru bersalin. Saya tidak mahu menyusahkan ibu bapanya untuk datang dan menjaganya kerana saya mahu menjaganya sendiri walaupun masih bekerja seperti biasa.
"Sebelum berpuasa, rutin saya selalunya pagi saya akan bersiaran langsung dalam Malaysia Hari Ini (MHI) untuk TV3 jam 8 pagi. Kemudian selepas selesai dalam jam 10 pagi macam itu saya akan balik ke rumah sekejap untuk masakkan buat isteri saya.
"Saya masak yang goreng-goreng dan simple sahaja, bukan hidangan yang besar. Kemudian selepas siap semuanya saya kembali bekerja. Waktu bulan Ramadan ini saya selalu pulang hanya untuk menjenguk keadaannya," 
"Biarpun sedih dengan apa yang berlaku, namun saya masih tidak boleh mengawal diri dan emosi saya. Tetapi bagi isteri saya, perkara ini sangat menyedihkannya sehinggakan dia tidak dapat mengawal emosinya dengan menangis untuk beberapa hari.
"Orang perempuan ni lebih sensitif. Oleh itu, saya terpaksa lebih menjaga hatinya ketika dia menghadapi keadaan yang pilu seperti ini,"
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply