Pengurusan Nurul Mohon Maaf

Sebelum ini kami ada memaparkan entri berkaitan Gambar urul Berkemban Di Depan Masjid, terbaru, pihak pengurusan Nurul di katakan telah membuat permohonan maaf berikutan isu iklan berkembanya di depan Masjid tersebut. Menurut pengurus Nurul, Badrul Hashim, beliau tidak tahu menahu pemilihan gambar seksinya itu menjadi pilihan untuk promosi produk tersebut sempena Aidilfitri nanti. Pihak pengurusan produk tersebut juga memohon maaf atas kesilapan pemilihan gambar tersebut katanya. Walau bagaimanapun, reputasi yang mungkin tercalar menjadi kerisauan bagi bekas isteri Ajai ini. Kami di fahamkan, Nurul sekarang berada di Sandakan untuk menyertai sidang perniagaan. Berikut antara ulasan pihak pengurusanya semasa di hubungi.

"Memang sebelum ini Nurul ada mengambil beberapa gambar termasuklah gambar yang dijadikan sebagai iklan Hari Raya bagi tujuan promosi Glow-Glamour pada masa akan datang.
"Tetapi Nurul tidak tahu gambar yang terdedah pula menjadi pilihan untuk dipaparkan pada iklan tersebut,"
"Setelah berbincang, mereka telah meminta maaf dan tidak tahu perkara ini boleh menjadi sensitif dan tidak sesuai bagi tujuan promosi Ramadan dan Aidilfitri, tambah pula ada gambar masjid pada paparan iklan Hari Raya itu.
"Malah pusat pelangsingan badan itu telah menarik balik iklan tersebut dan membuat permohonan maaf menerusi laman web mereka dan di akaun Facebook,"
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply