Khairul Fahmi Putus Tunang Tanpa Pengetahuan Elia


Kalau semalam kami perlihatkan anda kenyataan Khairul Fahmi yang menafikan sekeras-kerasnya, punca permasalahan hubungan pertunaganya dengan Penulis Blog, Elia. Ini kami dapatkan beberapa penerangan dari Elia sendiri, yang terkejut, berikutan keputusan Khairul Fahmi yang memutuskan pertunangan tanpa berbincang dan memberitahu beliau. Berikut ulasan beliau dan ibunya kepada media.
“Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),”
“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,”
Tambah beliau lagi, masalah hubungan mereka sudah berlarutan sebulan lalu dan Khairul Fahmi tidak pernah , malah enggan berjumpa beliau untuk menyelesaikan masalah di antara mereka.
“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,”
Elia yakin yang khairul Fahmi mempunyai orang ketiga, dan beliau sendiri mempunyai bukti-bukti yang kukuh. Malah, orang ketiga tersebut telah di ketahuinya sejak awal Julai 2011 yang lalu melalui info-info yang sahih. Beliau juga mendapat bukti, kewujudan orang ketiga dalam perhubungan mereka, wujud sejak mereka bertunang lagi, dan orang ketiga tersebut juga telah mengakui mempunyai hubungan dengan Khairul Fahmi.

“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” 
“Saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan memintanya berterus terang, namun dia enggan berbuat demikian. Dia cuma beritahu ada masalah dan akan bincang dengan keluarganya.
“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,”
Mengenai status Facebooknya baru-baru ini, beliau mengaku bersalah dan kerana itu, beliau berdiam diri tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan.
“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,”
Elia juga berkata, dia amat sedih dan kesal dengan tindakan Khairul Fahmi yang memutuskan tali pertunangan mereka tanpa sebarang perbincangan, malah bertambah sedih, beliau telah pun menyiapkan sedikit sebanyak persiapan perkahwinan mereka yang akan di adakan pada penghujung Oktober 2011 ini. Manakala, ibu Elia pula berkata, walaupun dirinya sedih dengan apa yang berlaku, namun dia tetap bersyukur, kerana Allah telah memberikan pertunjuk sebelum anaknya di nikahkkan.
“Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,”
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply