Gambar & Video Sidang Media Marsha (Isu Telan Pil)

 
Baru sebentar tadi, kami di maklumkan oleh rakan media Roti Kaya dan Oh Bulan tentang sidang media yang menjelaskan keadaan sebenar Marsha Milan Londoh berikutan pelbagai kontroversi selepas beliau di khabarkan masuk hospital akibat menelan pil 30 biji. Marsha ketika di temui menyatakan, sebelum beliau pengsan, beliau dalam keadaan lemah dan sakit kemudian mengambil ubat antibiotik dan tekanan darah rendah sebelum melelapkan mata; Keesokanya pula, beliau mengambil lagi ubat sebelum keluar lunch dan dalam keadaan lemah beliau menghadapi kemalangan kecil melanggar pembahagi jalan ketika membawa kereta. Dan khabarnya, beliau pengsan semasa menuruni tangga rumahnya. Dalam pada itu juga, Marsha menafikan semua itu berlaku kerana pergaduhan dengan teman lelakinya malah tambahnya, beliau ketika itu sudah 2 minggu putus cinta. Beliau juga menafikan yang beliau menelan pil 30 biji. Ketika sidang media berlangsung, kelihatan bekas teman lelaki Mrsha juga hadir. Berikut antara penjelasan beliau kepada media, juga video dan gambar beliau.
“Malam sebelum insiden tersebut berlaku, saya memang rasa tidak sihat dan sedikit lemah. Memang rasa lain macam sangat. Selepas saya ambil ubat antibiotik dan ubat tekanan darah rendah, saya terus masuk tidur,” 
“Keesokan harinya, saya ambil ubat lagi sebelum keluar makan tengah hari. Kondisi saya ketika itu pun masih lemah lagi. Malangnya, kereta yang dipandu saya terlanggar pembahagi jalan. Apabila saya balik rumah, semasa menuruni tangga, saya terjatuh dan pengsan. Rumah saya berada di tingkat bawah, jadi saya memang kena turun tangga,” 
“Saya tak tahu daripada mana datangnya cerita berkenaan. Jika benar saya telan 30 pil, rasanya saya memang tiada di sini lagi. Sebetulnya, saya tak buat perkara itu.”
Adakah tekanan darah rendah disebabkan masalah peribadi?
“Kalau nak kaitkan insiden ini dengan masalah peribadi, rasanya memang tiada kena mengena. Sebelum ini, saya sudah banyak kali lalui perkara ini, jadi memang tiada apa-apa pun,” jelas Marsha yang baru putus cinta.
“Sebagai pengetahuan, saya memang alami penyakit sinobronchitis sejak lewat tahun 2009. Apabila penyakit ini menyerang, vokal suara saya turut terganggu. Antara organ yang turut terjejas ialah salur pernafasan. Jadi, ia turut menjadi penyebab kepada tekanan darah rendah.”

Adakah Marsha selalu bergaduh dengan bekas teman lelaki?
“Gaduh itu perkara biasa, tapi ia memang tiada kaitan dengan insiden itu. Sewaktu perkara ini terjadi, saya sudah 2 minggu putus cinta. Lagipun, hubungan kami memang tak pernah serius. Jadi memang saya tak terjejas dengan cerita peribadi itu.”

Adakah bekas kekasih melawat Marsha di hospital?
Ada.

Setakat ini, Marsha berada di bawah pemerhatian?
“Ya, saya masih berada di bawah pemerhatian dan akan berjumpa dengan doktor beberapa kali.”

Kenapa baru Marsha jelaskan kepada media, hari ini?
“Soal kerja dan bermacam-macam lagi isu berbangkit dikhuatiri akan menyebabkan saya tertekan. Jadi, pihak perubatan menasihatkan saya supaya tidak berada dalam situasi berkenaan. Saya akan kerja semula mulai minggu ini dan akan melancarkan lagu soundtrack untuk filem Mantra berjudul, Tak Perlu Selamanya.

Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply