Dengan tersebarnya gambar Fida tidak bertudung namun hanya memakai topi yang di muat naik oleh Mamat Sepah di Facebook milik beliau, dengar khabarnya, Mamat mula menggelabah dan mengaku bersalah kerana menyebarkan gambar tersebut. Namun katanya, dia menafikan yang dia berniat mengaibkan nama baik Fida yang merupakan kekasihnya itu. Berikut cerita mamat berikutan isu gambar tak bertudung Fida.
"Dia adalah seorang gadis yang baik,"
"Gambar tersebut diambil ketika saya dan keluarga sedang bercuti di sebuah destinasi yang turut disertai oleh Fida dan beberapa rakan lain. Semasa gambar tersebut diambil, saya tidak perasan sebahagian rambut Fida terdedah kerana tidak memakai cermin mata ketika itu,"
Tanpa berfikir panjang beliau katanya terus memuat naik gambar tersebut di dinding Facebook miliknya.
"Sebab itu saya kata Fida tidak bersalah dalam hal ini kerana hingga saat ini, saya belum memberitahunya mengenai isu ini.
"Saya rasa bersalah mengenai kejadian tersebut, dan saya berharap masyarakat tidak membuat tohmahan buruk kepada Fida. Saya juga berharap isu tersebut tidak melarat kerana takut orang akan mengatakan saya telah mengubah Fida melakukan perkara tidak baik sejak berkawan dengan saya,"
|
Gambar yang menjadi isu... |
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments