Baru-baru ini, Awal Ashaari menyatakan rasa kurangselesa dengan kenyataan pedas dan kurang enak di dengar oleh Zarina Anjoulie di twitter miliknya Ramadhan lalu. Antara kenyataan Zarina, dia mendakwa Awal hanya reti membongkar rahsia orang tetapi apabila rahsia Awal terbongkar, Awal mengelak dari kes tersebut. Oleh kerana itu Awal tidak berpuas hati dengan sikap Zarina yang memaki orang sesuka hati. Awal juga telah melihat kesemua episod Fuhh! yang terbaru berikutan kalau-kalau beliau ada mengaitkan peribadi Zarina dalam rancangan yang beliau hoskan itu, tapi satu pun tiada yang berkaitan Zarina. Manakala kekasih Awal pula iaitu Scha Al-Yahya menyifatkan, makian dari Zarina itu mungkin salah satu cara untuk mencari publisiti murahan. Bagi kami pula, kami sependapat dengan Scha. hehe.. Berikut ulasan Awal ketika ditemui oleh wartawan Mstar.
"Sejujurnya saya tidak mengenali siapa dia (Zarina) dan tidak pernah bertemunya di mana-mana majlis hiburan sebelum ini. Sebab itu saya tidak faham mengapa dia memburuk-burukkan saya di laman Twitter miliknya,"
"Saya sudah tengok kembali lima episod program itu tetapi tiada satu episod pun yang mengaitkannya. Malah saya turut bertanyakan pihak penerbit mengenai hal berkenaan dan mereka juga terkejut,”
"Saya tidak mengenali dia (Zarina) dan tidak pasti apakah sebenarnya isu dia terhadap saya. Jadi saya rasa saya tidak perlu layan dan cari gaduh dengan sesiapa,"
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments