Bagaimanapun, Fara sewaktu dihubungi pihak media, beliau sedikit terkejut apabila mendengar dakwaan bakal menerima kontrak bernilai RM1 juta sekiranya bersetuju berhijrah ke Astro.
“Ya betul, memang saya mendapat tawaran tersebut daripada pihak Astro tetapi sehingga hari ini, saya masih belum membuat sebarang keputusan. Jika saya sudah membuat keputusan, saya pasti akan mengumumkannya kelak,” kata Fara.Menjawab tentang habuan RM1 juta yang ditawarkan pula, Fara hanya berkata: “Tak adalah.”
Apabila ditanya tentang kemungkinan dia meninggalkan stesen radio Hot.FM yang telah menjadi ‘rumahnya’ selama lebih lima tahun dan pulang ke ‘rumah lamanya’ di Astro, Fara hanya menjawab: “Tiada komen.”
Deejay itu juga mengulangi bahawa dia masih tidak membuat sebarang keputusan terhadap kontrak yang ditawarkan kepadanya itu.Fara turut menafikan dakwaan dia kini memandu kereta mewah jenis BMW X6 sebaliknya menyatakan:
“Saya masih memandu kereta lama saya jenis Honda. Kalau ada duit banyak, saya pun teringin juga nak pandu BMW X6.”
0 comments