K.Rajagobal diberi Darjah Kebesaran (Datuk)
Jika sebelum ini Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David menerima darjah kebesaran kerana kejayaan masing-masing dalam mengharumkan nama negara dalam sukan badminton dan squash. Baru-baru ini sempena sambutan ulang tahun kelahiran Tuanku Mizan Zainal Abidin yang di adakan di Balairong Seri, Istana Negara memberi makna kepada jurulatih skuad bola sepak kebangsaan kita iatu K.Rajagobal yang mana menerima gelaran Panglima Jasa Negara (J.P.N) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau adalah antara 67 penerima JPN pada hari tersebut K.Rajagopal menerima anugerah gelaran Datuk tersebut sempena sejarah yang dilakarnya apabila skuad di bawah bimbingannya berjaya menjulang Piala AFF Suzuki buat julung kalinya selepas 14 tahun. Ia merupakan hadiah yang sangat bernilai buat Malaysia tahun lalu. Semoga dengan gelaran yang diberi ini menyuntik sebahagian jurulatih dan atlet kita untuk bersemangat mengharumkan nama Negara di mata Dunia.
0 comments