Gambit Saifullah Meminta Maaf
Alhamdulillah, akhirnya abang gambit kita dah pun memohon maaf kepada semua atas kesalahan beliau baru-baru ini. Untuk makluman, baru-baru ini, gambit telah memaki para blogger dan menyamakan mereka dengan anjing didalam twitter beliau kerana marah dan berang kerana segelintir blogger mengkritik, mempersoalkan dan mengutuk hasil kerjanya di dalam video Prema Yin. Pihak kami juga telah menonton video tersebut dan merasakan teguran para blogger mengenai video tersebut munasabah. Kami berharap perkara sebigini tidak akan berlaku pada industri seni di Malaysia ini kerana perkara sebegini boleh menjatuhkan nama baik Malaysia sendiri. Teguran perlu diterima dengan seadanya kerana dari teguran itu lahir pembetulan untuk kita pada masa akan datang.
0 comments